• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Airish London Milik Warga Malaysia Tembusi Indonesia

oleh Ahmad Albab
04/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Butik kecantikan milik warga Malaysia, Airish London, kini membuka cawangannya di Jakarta dengan mensasarkan jualan produk dan perkhidmatannya melebihi 50 juta rupiah sehari.

Presiden Airish London, Datuk Mohd Aizuddin Ghazali berkata pembukaan cawangan kedua Airish London di Jakarta selepas Malaysia itu, menawarkan kelainan tersendiri apabila turut menawarkan perkhidmatan spa kecantikan termasuk rawatan kaki dan kuku serta solekan.

“Airish London yang berpangkalan di Brick Lane, London mula dibuka pada 2014. Pada 2016 kami membuka cawangan di Malaysia (Kuala Lumpur), dan kini mula mengembangkan perniagaan di Jakarta,” katanya di sini.

Pusat jualan Airish London Jakarta yang terletak di Jalan Kebun Jerok di sini, dirasmikan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Mohd Aizuddin berkata cawangan di Jakarta mula beroperasi pada 11 November 2017 dan jualan produk dan perkhidmatannya setakat ini melebihi 20 rupiah juta sehari.

“Kami juga merancang untuk membuka cawangan lain di Bandung, Bali dan Medan.

“Selain itu sasaran kami juga mahu membuka cawangan di Singapura, Brunei, Filipina dan Vietnam pada 2019,” katanya.

Selain menawarkan produk kecantikan, Airish London di Jakarta turut menawarkan perkidmatan spa, solekan dan penjagaan kuku.

Mohd Aizuddin berkata Airish London di Jakarta juga bakal menawarkan diskaun 50 peratus kepada warga Malaysia sepanjang berlangsungnya Sukan Asia 2018 di Jakarta pada Ogos nanti.

Sementara itu Ismail Sabri berkata kejayaan Airish London membuka cawangannya di Jakarta sangat membanggakan kerana bukanlah mudah untuk memasarkan produk kecantikan di Indonesia.

“Persaingan produk kecantikan amat tinggi di sini dan usaha gigih Airish London ini perlu menjadi contoh kepada syarikat syarikat Malaysia untuk meneroka pasaran di Indonesia,” katanya. – BERNAMA

Tags: butik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GST Sifar: Kecewa Harga Tidak Berubah – KPDNKK

06/06/2018
0

SEREMBAN - Sebuah butik tudung jenama terkemuka diberi amaran, kelmarin berikutan menawarkan harga sama sebelum dan selepas pelaksanaan Cukai Barang...

“Nak Pakai, Pakai, Tak Nak Pakai Buang Ke Longkang”

04/12/2017
0

BUKANLAH cerita baharu sebenarnya mendengar pengusaha butik pengantin atau perancang perkahwinan melakukan kesalahan dengan tergamak menipu pelanggan mereka sendiri. Tapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd