• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Airbus A350 Lakukan Penerbangan Ujian Ke KKIA

oleh AK-47
09/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pesawat Airbus A350 milik syarikat penerbangan Malaysia Airlines Berhad (MAB) melakukan penerbangan ujian ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Ini bertujuan memberi pengalaman pengendalian kepada juruterbang dan kru kabin sebelum pesawat baharu itu memulakan penerbangan pertamanya ke London pada 15 Januari depan.

Pesawat baharu berkenaan berlepas dari KLIA menerusi penerbangan MH2614 pada jam 1.05 tengah hari dan tiba di KKIA kira-kira jam 3.50 petang.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun ditemani Ketua Pegawai Komersial MAB Arved Von Zur Muehlen dalam penerbangan itu, berserta lebih 100 penumpang.

Turut serta Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah Datuk Joniston Bangkuai.

Bercakap kepada pemberita selepas tiba di KKIA, Arved berkata pesawat baharu berkenaan, yang mempunyai 286 tempat duduk termasuk empat tempat duduk Kelas Pertama, 35 Kelas Bisnes dan 247 Kelas Ekonomi itu, diyakini akan memberi pengalaman dan keselesaan sangat baik kepada pelanggan.

“Kami gembira dapat terbang ke BKI (Kota Kinabalu) dan berterima kasih mendapat sokongan daripada Lembaga Pelancongan Sabah,” kata beliau.

Arved berkata pesawat A350 itu bakal menggantikan pesawat A380 yang akan digunakan bagi projek amal syarikat penerbangan berkenaan seperti perkhidmatan haji dan umrah.

MAB dijangka menerima kesemua enam pesawat A350 pada suku kedua tahun ini, katanya. – BERNAMA

Tags: Pesawat A350
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sindiket Curi Kereta Tumpas, 20 Kenderaan Dirampas

Next Post

Pelbagai Jenis Dadah Lebih RM160,000 Dirampas

Related Posts

No Content Available
Next Post

Pelbagai Jenis Dadah Lebih RM160,000 Dirampas

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd