• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Bigpay Janji Jimat 4 Peratus Kos Perjalanan

oleh Ahmad Albab
17/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Tan Sri Tony Fernandes, hari ini berkata e-dompet BigPay syarikat penerbangan itu mampu menawarkan sekurang-kurang 4.0 peratus penjimatan kos perjalanan dan kadar tukaran mata wang.

Aplikasi BigPay sudah boleh dimuat turun daripada Google Play store dan Apple App store, katanya menerusi akaun Twitter.

Pada Isnin, Fernandes mengumumkan perkhidmatan e-dompet BigPay, yang merupakan sebahagian daripada strategi digital AirAsia untuk meneroka pangkalan data 63 juta penumpang syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Beliau berkata dompet elektronik BigPay juga akan menawarkan perkhidmatan pengiriman wang dan kemungkinan perkhidmatan pinjaman wang kepada pelanggan AirAsia.

Maklumat mengenai BigPay di Google Play store menyatakan perkhidmatan itu bertujuan mewujudkan pembayaran masa depan di Asia Tenggara dengan menyediakan akses wang yang terjamin dan mudah kepada pengguna pada bila-bila masa dan tempat.

Ia menggabungkan aplikasi mudah alih dengan fleksibiliti Mastercard prabayar yang diterima di lebih 30 juta pedagang di seluruh dunia, yang membolehkan pengguna mengurus kewangan secara digital. Nilai boleh ditambah menggunakan kad debit atau kredit mereka.

Laman aplikasi itu juga menjamin BigPay di kawal selia oleh Bank Negara Malaysia, selain memiliki protokol keselamatan terkini, termasuk cap jari dan perakuan muka bagi mengesahkan identiti. – BERNAMA

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR, 22 April – Suasana tegang tercetus dalam sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing ke Kuala Lumpur apabila seorang penumpang...

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd