• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AIM, MPWS Jalin Kerjasama Lahir Usahawan Wanita

oleh AK-47
08/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) berminat untuk menjalin kerjasama untuk melahirkan lebih ramai usahawan wanita di negeri itu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri, perkara itu dibincangkan ketika Pengerusi MPWS, Datuk Dr Hajah Tarsia mengadakan kunjungan hormat ke atas Nancy di pejabat beliau, di sini hari ini.

Dalam perjumpaan terserbut, Nancy memaklumkan bahawa AIM mempunyai beberapa inisiatif, antaranya Yayasan Steinbeis Malaysia dan PlatCOM yang boleh membantu melahirkan usahawan.

“MPWS mahu agensi di bawah seliaan Nancy seperti AIM membantu golongan muda yang berusia antara 18 hingga 35 tahun, yang telah terlibat mahupun yang ingin terlibat dalam bidang keusahawanan di negeri itu,” kata kenyataan itu.

MPWS merupakan badan kerajaan negeri Sabah yang bertindak sebagai badan pemikir dan pelaksana program mahupun dasar bagi menyatukan usaha ke arah memajukan wanita di Sabah.

Kenyataan itu berkata, Yayasan Steinbeis Malaysia menawarkan khidmat nasihat daripada pakar dalam bidang tertentu sama ada dari kalangan akademik mahupun industri.

Misalnya, usahawan yang menghadapi masalah pembungkusan dan menyasarkan pasaran luar negara tetapi tidak mempunyai pengetahuan dan memerlukan hala tuju ke arah matlamat itu, Yayasan Steinbeis boleh memanjangkan keperluan itu kepada bukan sahaja pakar tempatan malah luar negara dalam bidang tersebut.

Tahun lepas, Yayasan Steinbeis Malaysia berjaya membantu 44 usahawan dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mendapatkan pensijilan industri.

Kenyataan itu berkata PlatCOM pula berperanan sebagai pemangkin inovasi dalam kalangan PKS serta membantu memastikan konsep inovasi dikomersialkan sepenuhnya.

PlatCOM boleh membantu dalam menyediakan perkhidmatan merangka pelan perniagaan, pembangunan dan pemasaran produk serta memudah cara dari segi sumber pembiayaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Nancy Shukri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SOP Baharu Umrah Wajibkan Dos Penggalak

29/01/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) menggariskan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi perjalanan ibadah umrah yang akan...

Nancy Kempen Guna Bahasa Jawa

04/05/2018
0

SADONG JAYA - Memasuki hari ketujuh kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Batang Sadong...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd