• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Zahid ‘Marah’ Kualiti Dewan Baharu Sekolah

oleh
27/01/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HUTAN MELINTANG – Gara-gara tidak berpuas hati dengan kualiti pembinaan dewan baharu sebuah sekolah, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ‘naik angin’!

Ketika memberi ucapan perasmian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hutan Melintang, di sini hari ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk jelas tidak dapat menyembunyi perasaan marah dan kecewanya itu.

Ahmad Zahid yang hadir untuk merasmikan dewan baharu berharga RM600,000 itu ternyata tidak berpuas hati dengan kualiti dewan tersebut yang dibina khas untuk kemudahan pelajar-pelajar sekolah berkenaan.

“Jangan hina orang Bagan Datuk, jangan hina SMK Hutan Melintang, saya tak puas hati, saya tidak akan pernah puas hati, RM600,000 macam ini ke? Saya akan minta Suruhanjaya Pecengahan Rasuah Malaysia (SPRM) siasat.

“Kenapa jadi begini, kalau ada penyelewengan ambil tindakan tidak kira kontraktor, konsultan dan sesiapa sahaja yang terlibat,” tegas beliau sambil menambah, bangunan dewan itu diberi peruntukkan sebanyak RM600,000.

Namun ia kelihatan seperti dibina dengan harga RM300,000 dan tidak menepati standard dikehendaki. Beliau memberi tempoh selama tiga bulan untuk kontraktor terlibat melakukan perubahan terhadap struktur dewan itu.

“Mentang-mentang kita orang kampung, jangan kita direndah-rendahkan, dengan mata kasar pun kita tahu. Saya tak mahu rakyat katakan ahli parlimen ambil duit, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ambil duit.

“Kita tidak akan berkompromi. Jangan main-main dengan saya, walaupun saya duduk di atas tetapi saya tetap berpijak di bumi Bagan Datuk. Saya tak boleh terima, rakyat Bagan Datuk tak boleh terima. Siapa agensi pelaksana?

“Kontraktor jangan main-main, kalau RM600,000 mesti RM600,000 nilainya, Jangan pula tuntut RM600,000 tetapi nilai sebenar ialah RM300,000. Saya beri tiga bulan supaya lompong di sekitar dewan ini ditutup.

“Saya mahu lantai simen ini diletak jubin, kipas juga perlu kipas yang besar, saya mahu dewan ini juga lebih panjang daripada ini, jangan main-main dengan saya. Saya akan datang lagi, tak perlu kompang, tak perlu karpet merah.

“Tak perlu pelajar berbaris… Saya akan datang secara mengejut untuk tengok dewan ini lebih baik daripada sekarang,” ujar Ahmad Zahid lagi dengan nada amat tegas. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Ahmad Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd