Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Asap Tebal Cabaran Utama...

JOHOR BAHRU - Asap tebal dari kebakaran yang menyelubungi wad Unit Rawatan Rapi...

Keletah Ajwad Tak Mungkin...

SEGAMAT - “Ajwad nak mainan, Ajwad nak mainan," keletah dan kata-kata yang sering...

Arab Saudi Larang Solat...

RIYADH - Pihak berkuasa Arab Saudi melarang jemaah berhimpun atau solat di kawasan...

Dakwa 70 Peratus Penjawat...

KUALA TERENGGANU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa kira-kira 70 peratus penjawat awam kerajaan...

Ahli Akademik Persoal Agenda Politik Mufti Perlis

KUALA LUMPUR – Ahli akademik mempersoalkan mengapa Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang popular dengan gelaran Dr. Maza dibiarkan bebas menggunakan kedudukannya sebagai Mufti Perlis untuk terlibat aktif dalam politik anti-kerajaan.

Pensyarah Universiti Utara Malaysia, Dr. Kamarul Zaman Yusoff yang membuat dakwaan itu mendakwa, perbuatan Dr. Maza tersebut telah menyalahgunakan dan mencemarkan jawatan Mufti Perlis untuk politik anti-kerajaan.

“Mengapa agaknya Dr. Maza boleh bebas hingga ke hari ini untuk menyalahguna dan mencemarkan jawatan Mufti Perlis dengan mencampuri urusan politik kepartian.

“Bukan saja menyerang Presiden PAS, malah menyerang Presiden UMNO yang merupakan Perdana Menteri termasuk menanamkan bibit-bibit ketidaksetiaan dan kebencian terhadap kerajaan yang memerintah,” dakwanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Kamarul mendakwa penglibatan aktif Dr. Maza dalam politik anti-kerajaan khususnya bagi menanamkan kebencian terhadap kerajaan boleh diketahui dengan jelas melalui semakan ke atas laman web DrMaza.Com.

Beliau mendakwa 10 contoh tulisan Dr. Maza berikut menunjukkan keterlibatan aktif Dr. Maza dalam politik anti-kerajaan dan persekongkolannya dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad:

(1) Kenyataan dalam wawancara dengan akhbar Sinar Harian pada 8 Februari 2015 yang disiarkan di laman web DrMaza.Com pada 10 Februari 2015 yang berbunyi: “Najib lambat. Saya suka cara (bekas Perdana Menteri) Tun (Dr Mahathir Mohamad). (Sekarang) dekat nak bertumbuk, baru nak buat keputusan. Itu pun tak konkrit, yang (boleh) menggambarkan kepimpinan yang bagus. Kita perlu pemimpin bijaksana, pintar, (dan) tangkas. Saya rasa Najib pada masa ini tidak dapat memimpin dengan baik. Jika cara kepimpinan begini berterusan, negara tak akan henti dengan masalah.”

(2) Tulisan di halaman DrMaza.Com pada 7 April 2015 yang berkongsi tulisan Tun Dr. Mahathir di laman web Tun Dr. Mahathir yang mengkritik Datuk Seri Najib, yang disertakan dengan tulisan: “Hebat juga bantuan untuk tokoh melayu dan bumiputera seperti Jho Low, berbillon ringgit. Bertuahnya seorang bumiputera di negara ini. Terima kasih ayahanda Tun atas maklumat.”

(3) Tulisan di halaman DrMaza.Com pada 27 April 2015 yang berbunyi: “Pagi ini sebelum bertolak ke Acheh bersama DYTM Raja Muda Perlis, saya sempat membuka buku A DOCTOR IN THE HOUSE karya agung Yang Berbahagia Tun Mahathir. Saya terpandang tulisan tangan Tun Mahathir memberikan kata-kata peransang kepada saya beberapa tahun lalu. Beliau menulis ketika dalam penerbangan ke Cairo. Semoga Tun Mahathir terus sihat untuk membimbing negara dan rakyat.”

(4) Tulisan di halaman DrMaza.Com pada 7 Mei 2015 yang berbunyi: “Sebagai rakyat, saya berkongsi kebimbangan tentang nasib dan masa depan negara saya seperti orang lain juga. Banyak soalan yang tidak diberikan jawapan yang jelas. Isu 1MDB yang dibangkit oleh Ybg. Tun Mahathir yang membabitkan kehilangan puluhan billion yang masih misteri . Jho Low pula kelihatan tersenyum mewah di sana-sini. Mengapa dia begitu ‘kebal dan utuh’? Media antarabangsa pula tidak henti-henti melaporkan kemewahan luar biasa wanita tertentu. Benarkah begitu? Rakyat pula terbeban dengan kenaikan harga barang. Sekarang Tabung Haji pula dilaporkan akan membeli dari 1MDB dengan satu pembelian luar biasa”


(5) Tulisan di halaman DrMaza.Com pada 31 Julai 2015 yang berbunyi: “Pagi ini berbual panjang dengan negarawan lagi wira negara Tun Dr Mahathir. Agak sudah lama tidak bersembang dengan ayahanda Tun M. Alhamdulillah, banyak perkara hari ini saya dengar sendiri dari mulut Tun M. Semoga Allah memberkati hidup beliau dan memberinya kesihatan yang baik sentiasa.”

(6) Tulisan di halaman DrMaza.Com pada 4 Ogos 2015, yang dikaitkan oleh laman web Astro Awani hari itu sebagai merujukkan kepada wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib, yang berbunyi: “Jumlah ataupun nilai pemberian yang luar biasa kepada seorang penguasa ataupun pegawai yang pasti tidak diberikan jika tidak kerana kedudukannya, maka itu pasti rasuah.”

(7) Tulisan di halaman DrMaza.Com pada 30 Ogos 2015 yang berbunyi: “Teriak mereka: Kita mesti membela pemimpin perjuangan melayu!!!. Jeritan slogan itu ‘bagaikan’ menyedarkan saya bahawa Jho Low, Paul Phua Wei Seng, Arul Kanda dan yang sewaktu dengan mereka merupakan tokoh-tokoh melayu yang sejati lagi soleh.”

(8) Tulisan di halaman DrMaza.Com pada 27 Julai 2016, yang dikaitkan oleh banyak pihak sebagai menyokong dakwaan Tun Dr. Mahathir bahawa Datuk Seri Najib adalah penjenayah, yang berbunyi: “Menakutkan jika seseorang terpaksa hidup dalam sebuah masyarakat yang menjadikan orang-orang yang jujur, bijak dan berjasa sebagai penjenayah. Sementara, penjenayah pula ditabalkan sebagai ketua dan dibela.”

(9) Tulisan di halaman DrMaza.Com pada 28 Ogos 2016, yang dikaitkan oleh banyak pihak sebagai menyokong perhimpunan ‘Tangkap Malaysian Official 1’ oleh sekumpulan pemimpin mahasiswa di Kuala Lumpur sehari sebelumnya, yang berbunyi: “Kibarkan jalur gemilang kita, bangkitlah membela amanah bernegara, tahniah mahasiswa!”

(10) Tulisan di halaman DrMaza.Com pada 1 November 2017, yang membela Tun Dr. Mahathir, berbunyi: “Namun untuk menyatakan Tun M itu pengkhianat Melayu, rasanya patut dinilai semula. Setahu dan seingat saya, ditambah dengan pengenalan saya secara dekat dengan Tun M sejak tahun 2007, beliau lebih fikir tentang nasib Orang Melayu dibandingkan ramai yang lain. Saya banyak kali berbual secara peribadi dengan beliau sejak dahulu. Saya kata ‘hati nurani beliau sangat Melayu’.” – MYNEWSHUB.CC

Kategori