• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AGM PPBM: Lebih Ramai Bakal Lapor Kepada RoS

oleh AK-47
07/01/2018
dalam Jenayah, Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Lebih ramai dijangka tampil membuat laporan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) berhubung mesyuarat agung tahunan (AGM) pertama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Sabtu lepas.

Ini kerana Pemangku Ketua Pemuda PPBM Temerloh, Sharipul Fairus Mohd Sharip, ia merupakan masalah ‘akar umbi’ yang gagal diselesaikan oleh pucuk pimpinan parti itu sendiri.

AGM PPBM itu ujarnya telah melanggar Artikel 12.2 perlembagaan parti kerana tiada pemilihan perwakilan di peringkat bahagian, cawangan ataupun sayap-sayap parti dibuat sebelum AGM diadakan.

Beliau berkata hak anggota parti di peringkat bahagian dan cawangan untuk bersuara dan dipilih sebagai perwakilan turut ‘dicabul’ kerana tiada pemilihan untuk menghadiri AGM.

“Ini adalah masalah di peringkat akar umbi yang perlu diselesaikan segera. Saya dengan ini memohon kepada RoS agar satu siasatan sepenuhnya dapat dijalankan.

“Perlanggaran perlembagaan parti adalah satu perkara yang berat dan harus dipandang serius agar tindakan dapat diambil supaya hak-hak anggota parti tidak lagi dipermainkan oleh pucuk pimpinan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di RoS di sini hari ini.

Hadir sama membuat laporan di RoS ialah Ketua Bahagian PPBM Temerloh, Amerus Che Onn.

Sabtu minggu lalu, PPBM mengadakan AGM pertama yang dihadiri 941 perwakilan daripada 137 bahagian di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam selepas diberikan amaran oleh RoS. — BERNAMA

Tags: Jabatan Pendaftaran PertubuhanPPBM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Fahami Dendam Membara PPBM

30/01/2022
0

Tiada apa perlu dihairankan berhubung ugutan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO. Memang begitulah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd