• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agihan Kerusi Dun PH Di N.Sembilan Belum Muktamad

oleh AK-47
11/01/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata agihan kerusi yang akan tandingi pakatan itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) masih belum dimuktamadkan memandangkan terdapat beberapa kerusi yang belum mencapai kata putus.

Beliau berkata, bagaimanapun, perbincangan mengenainya kini di peringkat akhir dan dijangka akan diserahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi PH untuk diluluskan, hujung bulan ini.

“Kalau selesai awal,kita akan umumkan pada Konvensyen Pakatan Harapan kali kedua di sini pada 28 Jan ini. Bagaimanapun, soal calon belum dibincangkan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Konvensyen PH di Hotel City Kingdom di sini dijangka dihadiri Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ditanya sama ada pakatan itu turut membincangkan soal calon menteri besar sekiranya menang pada PRU14, Aminuddin, yang juga Pengerusi PKR negeri dan juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat, berkata perkara itu tidak dibincangkan. – BERNAMA

Tags: Aminuddin Harun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aminuddin Nafi Anak Dipanggil SPRM

06/02/2020
0

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan dakwaan pihak tertentu bahawa anaknya dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Kesal Pegawai MB N.Sembilan Hina Wartawan ‘Bingai’

25/04/2019
0

SEREMBAN - Kelab Media Negeri Sembilan (MANIS) kesal dengan kenyataan pembantu kepada Menteri Besar Negeri Sembilan yang menggelarkan wartawan Sinar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd