• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abu Talib Nafi Guna Nama Mahathir Pecat Ketua Hakim

oleh
07/01/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman menafikan dakwaan Tun Dr. Mahathir Mohamad konon mempergunakan namanya bagi memecat Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada 1988.

Menurut beliau, Krisis Perlembagaan 1988 sehingga membawa pemecatan tersebut dilaksanakan menerusi tribunal yang mendapat perkenan Yang di-Pertuan ­Agong pada ke­tika itu, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail.

“Tidak benar un­tuk kata saya guna nama Mahathir tanpa pengetahuannya. Ketika itu, saya pernah menasihati beliau bahawa pemecatan Ketua Hakim Negara yang bertugas tidak boleh dibuat tanpa ikut Perlembagaan Persekutuan.

“Malah, saya juga mengingatkan Mahathir sebagai Perdana Menteri, beliau ada tanggungjawab untuk mendukung Perlembagaan Per­sekutuan,” katanya dalam satu temubual media dipetik laporan New Straits Times hari ini.

Mengulas lanjut, Abu Talib berkata, pemecatan Salleh hanya boleh dilakukan melalui Perkara 125 (3) Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan tribunal di­tubuhkan untuk me­lihat sama ada terdapat sebarang kes salah laku.

“Tribunal itu hanya boleh ditubuhkan melalui representasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong. Memandangkan Mahathir dan Seri Paduka bersetuju, tindakan perlu diambil

“Maka saya telah menyediakan segala dokumen yang sepatutnya bagi penubuhan tribunal tersebut  sebelum Ketua Hakim Negara ketika itu dipecat secara rasmi,” kata Abu Talib

Beliau berkata, komunikasi dengan pihak Istana Negara bagi memaklumkan mengenai penubuhan tribunal berkenaan turut dikendalikan oleh Pejabat Perdana Menteri sendiri.

“Dalam hal ini, nama Perdana Menteri dan pejabat beliau telah digunakan kerana Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa tribunal hanya boleh ditubuhkan menerusi representasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri.

“Isu ini berlaku pada tahun 1988 dan kita tidak boleh mengharapkan Mahathir untuk mengingati setiap maklumat yang berlaku pada masa itu,” katanya mengulas dakwaan Mahathir pada satu forum di Putrajaya kelmarin.

Abu Talib bagaimanapun menegaskan bahawa bukan Mahathir yang mahu memecat atau memulakan tindakan terhadap Salleh, dan hanya bertindak atas arahan Yang di-Pertuan Agong.

“Saya nampak surat yang ditulis dan ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong mengarahkan Mahathir memecat Salleh sebagai Ketua Hakim Negara dan melantik Tun Abdul Hamid Omar,” katanya. – Agensi/HAA

Tags: Abu Talib Othman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd