• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abam Bocey Jemput 1 Malaysia Ke Resepsi!

oleh
14/01/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JIKA kebanyakan selebriti tanah air kini ramai yang ‘merahsiakan’ majlis perkahwinan, Abam Bocey pula mahu membuat kelainan bagi majlis resepsinya nanti.

Baca: Abam ‘Simpan’ Isteri, Tak Mahu Selalu Tayang

Juga: “Abam Rendah Diri, Sebab Tu Saya Terpikat”- Hidayah

Abam dan isterinya bakal mengadakan majlis kenduri perkahwinan sebelah lelaki pada 20 Januari ini dan mereka telah menjemput seluruh rakyat Malaysia yang sudi untuk menghadri majlis bersejatrahnya itu di Sungai Salak Batu 10, Jalan Gombak Kuala Lumpur.

“Assalamualaikum… Saya dengan rendah diri menjemput semua kawan-kawan, sahabat-sahabat, saudara mara dan semua rakyat Malaysia untuk hadir di majlis walimatulurus sebelah lelaki pada 20 Januari 2018, Sabtu.

“Majlis bermula pada pukul 12 tengah hari sehingga habis majlis,” tulisnya pada posting baharu di Instagram miliknya semalam.

Abam bukan sahaja mewar-warkan majlisnya itu, malah dia turut meminta agar peminatnya turut mengajak lebih ramai lagi tak kira bangsa ataupun agama.

“Minta panjangkan jemputan ini… Semua dialu-alukan kedatangan tak kira bangsa, agama, pangkat, darjat dan semuanya. Semoga kita semua di cucuri rahmat dan diberi kesihatan yang baik, Insya-Allah. #kitabaikramaisayang #kendurikahwin,” tulisnya lagi.

Berani betul Abam ambil risiko dengan mengajak semua orang hadir.

Tapi, itu tak jadi masalah pun sebab tak ada salahnya juga kalau nak adakan majlis kenduri dan mengajak semua orang bagi memeriahkan majlis, lagi ramai-lagi meriah majlis tu nanti kata orang.

Dalam masa yang sama, ada yang mencadangkan supaya Abam menjadikan isterinya, Siti Norhidayah Mohd Ali sebagai pengurus peribadinya.

Namun bagi Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, dia tidak mahu ada masalah yang akan timbul jika si isteri menguruskan jadual kerjanya.

“Ada masalah apabila isteri menjadi pengurus kita. Isteri saya tak boleh kerja secara profesional. Dia akan kerja dengan emosi. Apabila saya balik lambat, dia akan marah dan tanya bila kerja nak habis. Jadi, saya tak nak campur aduk.

“Tapi sekarang dia dah faham kerja saya bila kami sama-sama merakamkan video pra-perkahwinan yang mengambil masa seharian. Baru dia tahu sukarnya jalani penggambaran,” seloroh Abam dipetik daripada mStar Online.

Tak mengapalah, tak ada masalah pun jika Abam tak ambil isteirnya menjadi pengurus, biarlah dia hanya menjadi pengurus dirumah sahaja kan. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Abam Boceymajlis kahwin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ibu Mertua Farid Kamil Kecewa Dituduh Punca

Next Post

50 Tapak Pasar Komuniti Jauhar Diwujudkan Di Johor

Related Posts

Ali Puteh Mahu Jumpa Kakak Ipar Mohon Maaf

21/02/2020
0

PETALING JAYA - Enggan memanjangkan kontroversi berhubung dakwaan membolot harta peninggalan abang, Allahyarham Abam Bocey, pelawak Ali Puteh mahu berjumpa...

Jangan Dengar Sebelah Pihak – Ali Puteh

21/02/2020
0

PELAWAK, Ali Puteh menerusi temubual di akaun Instagram @officialriax meminta semua pihak supaya tidak hanya mendengar kenyataan daripada sebelah pihak...

Next Post

50 Tapak Pasar Komuniti Jauhar Diwujudkan Di Johor

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd