• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AADK Kedah Tahan 10 Individu Termasuk 3 Beradik

oleh Ahmad Albab
03/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Sepuluh individu disyaki penagih dadah termasuk seorang abang dan dua adik perempuannya ditahan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kedah dalam Op Aduan di sekitar Padang Terap, awal hari ini.

Ketua Pegawai AADK Padang Terap, Zainal Abidin Ismail berkata ketiga-tiga beradik yang masing-masing berumur 15, 19 dan 23 tahun itu ditahan bersama dua lagi lelaki di sebuah rumah di Kampung Rambutan pada 4 pagi tadi.

“Semasa serbuan, kami terkejut apabila mendapati abang terbabit sedang mengajar adik perempuannya yang berumur 15 dan 19 tahun yang tidak bersekolah cara mengambil dadah jenis syabu. Kita turut menahan teman lelaki seorang daripada adik perempuannya bersama seorang lagi lelaki.

“Mereka bertiga ini tinggal bersama ibu bapa dan semasa serbuan ibu bapa mereka turut berada di dalam rumah manakala teman lelaki adiknya difahamkan telah bersekedudukan di dalam rumah terbabit sejak sebulan yang lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zainal Abidin berkata operasi yang bermula 11 pagi semalam hingga 4.30 pagi tadi turut dijalankan di Kampung Barokhas, Kampung Tualak, Bukit Indin dan berek polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Padang Terap, telah berjaya menahan lima lagi lelaki yang positif dadah jenis syabu dan opiat.

“Kesemua yang ditahan dibawa ke Pejabat AADK Daerah Padang Terap dan hasil ujian saringan air kencing terhadap kesemua individu yang berumur antara 15 hingga 30 tahun itu mendapati mereka positif dadah jenis syabu dan opiat,” katanya. – BERNAMA

Tags: AADKPenagih Dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jumlah Penagih Dadah Di Kuala Lumpur Berkurang Hampir 14 Peratus

Jumlah Penagih Dadah Di Kuala Lumpur Berkurang Hampir 14 Peratus

18/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebanyak 5,800 individu dikesan terbabit dalam penyalahgunaan dadah di sekitar ibu negara bagi tempoh tiga bulan pertama tahun...

Warga Emas Disyaki Tembak Penagih Dadah Cuba Curi Kelapa Sawit Ditahan

Warga Emas Disyaki Tembak Penagih Dadah Cuba Curi Kelapa Sawit Ditahan

06/10/2024
0

Selama : Warga emas ditahan polis bagi membantu siasatan selepas dipercayai melepaskan tembakan ke atas seorang penagih dadah yang mencuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd