• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

70 Agensi Kerajaan Terengganu Laksana IBR Tahun Ini

oleh Ahmad Albab
29/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kesediaan 70 agensi di bawah kerajaan negeri Terengganu untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) pada tahun ini membuktikan kejayaan program itu dalam usaha membanteras rasuah sejak dilancarkan pada Ogos tahun lalu.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu, Mohd Zaki Hassan berkata setakat ini 59 agensi kerajaan termasuk universiti tempatan, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) telah melaksanakan IBR.

“Alhamdulillah setakat ini juga, kami masih belum menerima sebarang aduan mengenai perlakuan rasuah dalam kalangan petugas di 59 agensi tersebut.

“Kami sedia menyiasat apa sahaja laporan sekiranya ada walaupun ia tidak dibuat secara rasmi, meskipun aduan itu hanya dilaporkan melalui media sosial seperti WhatsApp dan Facebook…kerana yang penting ialah inti pati aduan itu sendiri (untuk membanteras rasuah),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis melafaz dan menandatangani IBR oleh 50 petugas Jabatan Laut Wilayah Timur dengan kerjasama SPRM Terengganu di sini hari ini.

Mohd Zaki berkata secara keseluruhannya, program itu sangat berkesan dalam mendidik anggota masyarakat dalam memastikan negara ini bebas daripada sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Mengenai sambutan orang ramai terhadap Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) pula, Mohd Zaki berkata 22,000 orang telah mendaftar setakat Januari tahun ini di Terengganu.

“Sasaran asal hanya 10,000 penyertaan sahaja sehingga akhir tahun lepas namun program ini mendapat sambutan memberangsangkan di Terengganu dan kami yakin ia akan membantu membanteras rasuah di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: IBR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebih 700 Warga UPM Ikrar Bebas Rasuah

04/05/2018
0

SERDANG - Lebih 700 kakitangan Universiti Putra Malaysia (UPM) melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) hari ini sebagai tanda komitmen dalam...

IBR: SPRM Selangor Sedia Jumpa Azmin Bila-Bila Masa

31/01/2018
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia untuk bertemu dengan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd