Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Punca Nafas Tewas Tender...

KUALA LUMPUR - Sebab utama Nafas tewas dalam tender terbuka pembekalan baja ialah...

Saya Berjuang Sehingga Tamat...

PALEMBANG - Juara boling Masters Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, Muhammad Rafiq Ismail berkata...

Tolak PH, Ulama PAS...

MUDARAT yang lebih besar dibawa oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjadi sebab kenapa...

Kanak-Kanak Yang Ditinggal Di...

SUDAH empat hari berlalu, namun kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang ditinggalkan di kawasan...

60 Peniaga Pasar Malam Terima Lesen Perniagaan

KUALA LUMPUR – Seramai 60 penjaja dan peniaga pasar malam di bandar ini menerima lesen perniagaan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam sebuah majlis yang diadakan di Kawasan Perumahan Awam Sri Johor di sini hari ini.

Ahli Lembaga Penasihat DBKL, Datuk Rizalman Mokhtar berkata galakan pemberian lesen kepada peniaga pasar malam ini adalah salah satu usaha DBKL untuk mentransformasikan pasar malam di sekitar Kuala Lumpur.

Malah kata Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak itu, ia sebagai usaha kerajaan untuk meringankan beban ditanggung penjaja pasar malam berikutan cabaran ekonomi yang dihadapi pada masa ini.

“Kepada yang telah atau penerima lesen perniagaan, maka bolehlah berniaga seperti biasa, tidak perlu risau lagi dengan operasi daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), perniagaan anda sah di peringkat perundangan.

“DBKL juga telah menyediakan khemah yang seragam secara percuma buat peniaga-peniaga yang mempunyai lesen perniagaan.

“Tidak setakat itu, bayaran pembaharuan lesen tahunan sebanyak RM104 turut diberikan diskaun 50 peratus iaitu sebanyak RM52 sahaja perlu dibayar.

“Jadi, saya harap semua peniaga dapat memberikan kerjasama kepada pihak penganjur dan DBKL untuk menjaga kebersihan dan patuh pada peraturan yang telah ditetapkan,” katanya ketika merasmikan Majlis Ramah Mesra dan Penyerahan Lesen Pasar Malam yang diadakan pagi tadi.

Majlis anjuran Persatuan Penduduk Perumahan Awam Sri Johor 4A tersebut turut dihadiri oleh Pengarah Jabatan Perlesenan dan Pembangunan Penjaja DBKL, Anwar Mohd. Zain dan Presiden Pertubuhan Pengurusan Pasar Malam Kuala Lumpur, Rosli Mohd.


Sementara itu, Pengerusi Persatuan Penduduk Perumahan Awam Sri Johor 4A, Abu Daud Ibrahim melahirkan rasa syukur dan ucapan terima kasihnya kepada DBKL kerana banyak membantu golongan peniaga kecil-kecilan di kawasan ini.

“Alhamdulillah, atas kerjasama dan bantuan DBKL, tahun ini boleh dikatakan lebih 95 peratus peniaga pasar malam kini mempunyai lesen perniagaan.

“Dengan pelbagai bantuan dan inisiatif daripada kerajaan, saya harapkan para peniaga pasar malam khasnya di Taman Ikan Emas akan terus memberikan kerjasama dan menjadi tapak pasar malam yang terbaik di antara yang terbaik,” katanya.

Beliau dalam masa yang sama turut menyarankan agar para peniaga tidak lagi berdegil untuk menggunakan kanopi kuning pemberian DBKL bagi menyeragamkan pasar malam dan mewujudkan suasana yang bersih dan selesa. – MYNEWSHUB.CC

Kategori