• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

6 Objektif Perkasa Khidmat Kesihatan Warga ATM

oleh AK-47
18/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kementerian Pertahanan menggariskan enam objektif utama bagi memperkasa sistem penyampaian dan perkhidmatan kesihatan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), veteran tentera dan orang awam menerusi Pelan Transformasi Perkhidmatan Kesihatan ATM 2017-2050.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia merangkumi memperkasa tahap profesionalisme pengamal perubatan kesihatan ketenteraan; mengarusperdanakan perkhidmatan perubatan ketenteraan; dan membangunkan sistem penjagaan kesihatan yang terbaik untuk anggota, veteran ATM dan keluarga.

Pelan turut merangkumi usaha menaik taraf infrastruktur bagi menyediakan perkhidmatan kesihatan yang kondusif, berkualiti dan seimbang dengan keperluan teknologi perubatan; memperkasa infrastruktur kesihatan di pangkalan dan medan merangkumi poliklinik kesihatan, hospital ATM sedia ada; dan meletakkan perkhidmatan kesihatan angkatan tentera sebagai kekal relevan dan penting melalui perkongsian bijak Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan semua pihak.

Hishammuddin berkata pelan itu merupakan kolaborasi NBOS kementeriannya dan Kementerian Kesihatan bagi membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam menjaga kebajikan warga ATM.

“Pelan transformasi ini menunjukkan kita sebagai satu kerajaan yang bergerak senada dan apa yang kita lakukan adalah untuk kepentingan rakyat dengan perancangan yang tersusun, inklusif dan niat yang betul,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pelan tersebut, di 94 Hospital Angkatan Tentera Terendak di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Pada program tersebut turut diadakan majlis menandatangani Nota Persefahaman di antara Kementerian Pertahanan dan Kementerian Kesihatan bagi melaksanakan 500 program Komuniti Sihat Perkasa Negara di seluruh negara melibatkan warga ATM, veteran dan ahli keluarga untuk mendapatkan perkhidmatan, penerangan dan saringan kesihatan secara percuma.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata pelan transformasi berkenaan diaspirasikan oleh enam teras utama iaitu kesiapsiagaan, keselamatan, kebajikan warga ATM, diplomasi pertahanan, transformasi Program Latihan Khidmat Negara 2.0 dan perumahan sihat.

“Saya berharap dengan adanya kerjasama dengan Kementerian Kesihatan ini agenda kesihatan dan perubatan ATM mendapat suntikan nafas baharu yang boleh membantu kita memastikan bahawa apa yang kita lakukan ini kalau diberikan mandat pada pilihan raya nanti, ia merupakan janji dan ikrar untuk warga ATM, veteran dan orang awam,” katanya.

Sementara itu, Hishammuddin berkata 94 Hospital Angkatan Tentera Terendak merupakan antara lima hospital ATM yang terlibat dalam projek naik taraf memandangkan infrastruktur serta sistem asas mekanikal dan elektrikal sedia ada tidak lagi dapat menampung keperluan teknikal sebuah hospital.

Kerja-kerja menaik taraf hospital itu termasuk membina sebuah bangunan tambahan yang akan menempatkan jabatan kecemasan, kompleks dewan bedah, unit rawatan rapi dan wad baharu berkapasiti 100 katil, katanya.

Beliau berkata projek dijangka bermula tahun ini dan siap dalam tempoh tiga tahun. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Isu Minyak Sawit: Resolusi EU Bertentangan Sistem

Next Post

Pengusaha Aktiviti STR Perlu Berdaftar Dengan DBKL

Related Posts

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

Skor Rendah Indeks Integriti, Mindef Sedia Beri Kerjasama Penuh

17/11/2021
0

Kementerian Pertahanan (Mindef) sedia memberi kerjasama penuh kepada mana-mana pihak susulan penarafan rendah dicatatkan negara bagi indeks antarabangsa berkaitan rasuah...

Next Post

Pengusaha Aktiviti STR Perlu Berdaftar Dengan DBKL

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd