• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

52 Program CTU Dilaksanakan Di Seluruh Negara

oleh Ahmad Albab
21/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Sebanyak 52 Program ‘Menghubung Menyatu’ (CTU), yang bakal memanfaatkan 163,000 pengguna dan penduduk terutama di kawasan luar bandar, dilaksanakan di seluruh negara sepanjang tahun ini.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari berkata pelaksanaan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) itu telah memanfaatkan hampir 403,000 orang selepas 78 program CTU diadakan sehingga kini.

“Sepanjang program CTU, sebanyak 38 menara telekomunikasi dibina di seluruh negara dan Insya-Allah, kemudahan itu akan dibina di beberapa tempat lain dalam masa terdekat.

“Di Hulu Terengganu sahaja, sebanyak dua program CTU diadakan di Kampung Basung di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong dan hari ini di Kampung Landas di DUN Ajil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program CTU di Kuala Berang dekat sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Tan Sri Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas negeri Ghazali Taib.

Jailani yang juga Anggota Parlimen Hulu Terengganu turut menyampaikan sumbangan KKMM sebanyak RM10,000 masing-masing kepada 40 pemilik rumah daif di seluruh daerah Hulu Terengganu.

“Bagi program membaik pulih rumah itu, kami bekerjasama dengan Tentera Udara Diraja Malaysia. Mereka yang dipilih terdiri daripada golongan asnaf yang kurang berkemampuan,” katanya.

Selain itu, sumbangan wang tunai dan barangan keperluan turut diberikan kepada 200 anak yatim dan ibu tunggal bagi meringankan beban mereka. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Jailani Joharimasyarakat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

10/04/2026
0

PUTRAJAYA - Masyarakat diminta mengamalkan gaya hidup lebih berjimat dan sederhana dalam menghadapi tekanan krisis tenaga global ketika ini. Menteri...

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

31/03/2026
0

RAKYAT tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang senada menuntut tindakan lebih tegas dan serius diambil bagi menangani isu pemandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd