• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

500,000 Pelarian Kanak-Kanak Diberi Vaksin

oleh Ahmad Albab
16/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PHNOM PENH – Pekerja bantuan meningkatkan usaha memberi vaksin kepada setengah juta kanak-kanak daripada jangkitan difteria di dalam dan sekitar kem pelarian Rohingya di Bangladesh, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Penyakit pernafasan itu membunuh sehingga 31 orang dan kira-kira 4,000 mangsa dijangkiti difteria sejak meletus November lalu di kem pelarian yang menempatkan lebih 655,000 Muslim Rohingya.

Mereka lari daripada operasi tentera Myanmar bermula 25 Ogos lalu.

Mengikut kenyataan WHO, kelmarin, kira-kira 316,000 kanak-kanak Rohingya divaksin bulan lalu, iaitu mereka memerlukan dua dos, berselang sebulan.

Buat masa ini, pekerja kesihatan sedang memberi vaksin tambahan kepada 160,000 kanak-kanak Bangladesh yang tinggal berhampiran penempatan pelarian di daerah sempadan Cox’s Bazar.

Difteria hampir terhapus di Bangladesh dengan hanya dua kes dilaporkan pada 2016, kata jurucakap WHO di Dhaka, Catalin Bercaru.

Katanya, apabila ia muncul dalam kem November lalu, pekerja kesihatan agak terkejut.

Bercaru berkata, sejak itu ada kes disyaki dalam kalangan masyarakat berhampiran.

Kanak-kanak terutama terdedah kepada difteria, jangkitan bakteria yang menyebabkan tisu mati terbentuk pada tekak dan tonsil, menjadikannya sukar untuk bernafas. Penyakit itu juga menghasilkan toksin yang menjejaskan organ lain.

Difteria disebarkan apabila berhubung dengan individu dijangkiti atau rembesan ketika batuk atau bersin. – Reuters/BH ONLINE

Tags: kanak-kanakVaksin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd