• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Individu Cedera Terkena Serpihan Mercun ‘Air Bomb’

oleh Ahmad Albab
01/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiga individu cedera akibat terkena serpihan mercun jenis ‘Air Bomb’ yang dipercayai dibaling sekumpulan mat rempit di Gereja Luther Centre, Jalan Utara, Petaling Jaya tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata mangsa yang cedera dalam kejadian 12.45 malam itu ialah sepasang suami isteri warga tempatan berusia 48 dan 45 tahun serta seorang lelaki warga Zimbabwe berusia 25 tahun.

“Berdasarkan laporan yang dibuat paderi gereja itu, beliau terdengar bunyi letupan yang kuat selepas selesai upacara sembahyang tahun baharu dan ketika itu orang ramai telah mula bersurai.

“Setelah pengadu bergegas ke hadapan gereja, beliau mendapati tiga individu itu telah terkena serpihan letupan yang dipercayai dilakukan sekumpulan mat rempit yang menaiki lapan motosikal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Zani berkata siasatan awal mendapati sekumpulan mat rempit bertindak membaling mercun ke lokasi berkenaan selepas berlaku insiden kejar mengejar di antara dua kumpulan yang terdiri daripada beberapa lelaki yang menaiki motosikal.

“Insiden ini tidak mempunyai kaitan dengan isu mensabotaj gereja dan tiada unsur kebencian keagamaan memandangkan provokasi di antara kedua-dua kumpulan bermotosikal berlaku kebetulan di hadapan gereja yang mana satu balingan mercun telah jatuh dan meletup di bahu jalan manakala satu lagi jatuh dan meletup di hadapan pintu masuk gereja,” katanya.

Mohd Zaini berkata pasangan suami isteri itu mengalami kecederaan ringan di bahagian belakang badan dan calar di bahagian kening manakala lelaki Zimbabwe yang merupakan pelajar institusi pengajian tinggi swasta melecur di bahagian dahi.

Katanya semua mangsa dirawat sebagai pesakit luar di klinik swasta di Petaling Jaya.

Beliau berkata polis sedang mendapatkan rakaman kamera litar tertutup di sepanjang jalan tempat kejadian dan meminta orang ramai menyalurkan maklumat mengenai kejadian itu kepada pihak polis dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-9766 2222. – BERNAMA

Tags: mercun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menerusi satu hantaran di media sosial, seorang pengguna mendakwa mercun jenis “Dai Sheng Gui Lai...

Polis Cari Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

Polis Cari Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

09/04/2023
0

Kuala Lumpur : Polis sedang mengesan individu yang disyaki bermain mercun hingga menyebabkan dua mangsa cedera di Kampung Changkat, Gombak,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd