• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Dalang Kes Tipu Pelaburan Lari Ke Australia

oleh AK-47
18/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Tiga lelaki, dipercayai antara dalang sindiket penipuan pelaburan membabitkan kerugian lebih RM700,000 di negeri ini telah melarikan diri ke Australia, kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A.Thaiveegan.

Beliau berkata pihaknya kini mendapatkan kerjasama daripada polis negara itu untuk mengesan tiga lelaki terbabit yang berusia dalam lingkungan 30-an.

“Selain tiga lelaki yang telah dikenal pasti itu, polis juga sedang mengesan beberapa lagi individu untuk siasatan lanjut. Saya juga menggesa mangsa agar tampil membuat laporan polis… setakat ini lebih 10 orang telah buat laporan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, di sini hari ini.

Pada Rabu, polis menahan seorang lelaki dan dua wanita berusia antara 40 dan 48 tahun bagi membantu siasatan kes itu dan reman mereka yang tamat hari ini disambung tiga hari lagi.

Polis sebelum ini menerima laporan daripada beberapa orang mendakwa ditipu tiga individu berkenaan yang didakwa menawarkan satu skim pelaburan yang menjanjikan pulangan sebanyak satu peratus sehari atau 30 peratus sebulan daripada wang dilaburkan mangsa.

Sementara itu dalam perkembangan lain Thaiveegan berkata polis menahan seorang lelaki di kawasan hentian rehat dan rawat Ayer Keroh, Melaka yang disyaki terlibat dalam kejadian rompakan kedai emas di Jalan Datuk Ooh Chooi Cheng, di sini pada Rabu.

Beliau berkata lelaki berusia 48 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori itu ditahan kira-kira pukul 3 petang semalam dan kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian pukul 10 pagi Rabu, dua lelaki bersenjatakan sepucuk pistol merompak sebuah kedai emas dan melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal bersama barang kemas bernilai kira-kira RM400,000.

Seorang daripadanya berjaya ditahan selepas kejadian itu manakala seorang lagi melarikan diri.

Thaiveegan berkata polis kini memburu seorang lagi rakan mereka berusia 30-an yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun dan rompak di sekitar Pulau Pinang dan Kedah. – BERNAMA

Tags: Datuk A. ThaiveeganKes Tipu Pelaburan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3,195 Kes Tipu Pelaburan Babit Kerugian RM245 Juta

05/01/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis merekodkan sebanyak 3,195 kes penipuan pelaburan sepanjang tahun lalu membabitkan kerugian RM245 juta, berbanding 1,671 kes dengan...

Tiada Keperluan Rombak PDRM – Ketua Polis P.Pinang

21/12/2018
0

KEPALA BATAS - Tiada keperluan untuk merombak pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kontinjen Pulau Pinang berikutan kejadian kes seorang anggota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd