• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2,400 Pemandu Teksi, Uber & Grab Carum Perkeso

oleh AK-47
11/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Sejumlah 2,400 pemandu teksi termasuk Uber dan Grab di seluruh negara telah berdaftar di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri yang disediakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sejak ia diperkenalkan pada 1 Jun tahun lalu.

Pengurus Besar Bahagian Skim Perkhidmatan Pekerjaan Sendiri Perkeso Ismail Abi Hashim berkata bagaimanapun jumlah itu masih jauh berkurangan berbanding kira-kira 100,000 pemandu yang berdaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Katanya, di Perak sahaja, terdapat 1,900 pemandu yang berdaftar dan hanya 309 pemandu yang menyertai skim tersebut. “Kita sedang berusaha untuk memastikan semua pemandu teksi termasuk Uber dan Grab yang berdaftar untuk menyertai skim ini kerana kita tidak tahu apa akan terjadi pada masa akan datang kerana skim ini merupakan perlindungan kepada pencarum dan tanggungan.

“Oleh itu, kita akan bekerjasama dengan SPAD, kerajaan negeri serta persatuan teksi di seluruh negara untuk memberi kesedaran kepada pemandu supaya menyertai skim ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan Cek Faedah Hilang Upaya Sementara bernilai RM1,850 kepada pemandu teksi Mohamad Helmi Hashim, 46, yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 9 Dis tahun lalu.

Cek itu diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi dan Kampung Baru negeri Datuk Dr Mah Hang Soon di kediaman Mohamad Helmi di Chemor dekat sini hari ini.

“Caruman minimum dengan Perkeso bermula RM157 sehingga RM400 mengikut pelaksanaan gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan Persekutuan dan ia terpulang kepada pemandu untuk memilih caruman berdasarkan kemampuan dan kemahuan mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: TeksiUber & Grab
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Teksi Boleh Bawa Penumpang Antara Singapura – Johor Bahru

01/05/2022
0

SINGAPURA : Mulai hari ini, penumpang yang menyeberangi Tambak Johor boleh mendapatkan khidmat sehingga 240 teksi yang dibenarkan untuk membawa...

Tiada Arahan Larang Teksi, e-Hailing Rentas Daerah, Negeri

21/01/2021
0

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak mengeluarkan arahan menghentikan operasi perkhidmatan teksi, kereta sewa dan e-hailing untuk perjalanan rentas daerah dan negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd