• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Wanita Jual Dadah Untuk Jamin Kekasih Direman

oleh AK-47
26/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Pulau Pinang menahan dua wanita. yang menjadikan hotel-hotel di sekitar negeri ini sebagai tempat membungkus dan mengedar dadah, dalam serbuan di sebuah bilik hotel di Batu Ferringhi di sini, semalam.

Penolong Pengarah Penguatkuasa dan Keselamatan AADK Pulau Pinang, Mohammad Nurddin Ramli berkata dalam serbuan jam 4 petang itu, dua wanita itu ditahan bersama dua lelaki dipercayai sedang menjalankan urus niaga menjual dadah di hotel berkenaan.

Kesemua mereka berusia 25 hingga 40 tahun.

“Berdasarkan siasatan, dua wanita yang turut positif dadah itu nekad menjual dadah jenis syabu dan pil Eramin 5 bagi memperoleh wang untuk menjamin teman lelaki mereka yang kini direman kerana kesalahan dadah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata dalam serbuan itu, pihaknya merampas syabu dan pil Eramin 5 bernilai RM1,000, peralatan membungkus dadah, dua alat dapur untuk menghisap dadah serta wang tunai sebanyak RM4,000 dipercayai hasil menjual bahan terlarang berkenaan.

“Dua lelaki yang ditahan itu turut positif dadah dan semua mereka termasuk dua wanita berkenaan diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, di Bukit Mertajam, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata polis menahan lima individu termasuk dua wanita yang sedang berpesta dadah dalam serbuan di sebuah kondominium di Bandar Perda semalam.

Katanya, bertindak hasil intipan dan risikan yang dijalankan sejak minggu lepas, sepasukan anggota polis menyerbu rumah sewa itu kira-kira jam 3.30 petang semalam dan menahan mereka yang berusia 18 hingga 27 tahun berkenaan.

“Semasa serbuan itu, lima individu tersebut berada di ruang tamu rumah berkenaan dan sedang menghisap dadah. Semua mereka tidak melarikan diri kerana berada di bawah pengaruh dadah,” katanya.

Beliau berkata polis turut merampas sejumlah dadah jenis methamphetamine serta peralatan untuk menghisap dadah dan siasatan juga mendapati dua daripada lima penagih itu mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.

“Berdasarkan siasatan, mereka menjadikan rumah sewa itu sebagai tempat untuk menghisap dadah sejak sebulan lepas dan seorang daripada yang ditahan berkenaan merupakan pengedar dadah di kawasan SPT,” katanya. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gempa Bumi Sederhana Di Selatan Laut Maluku

Next Post

Borhan: Sedih Lihat Mayat Wira Negara Digantung Jepun

Related Posts

Penyalahgunaan Dadah, Vape Kini Krisis Nasional

Penyalahgunaan Dadah, Vape Kini Krisis Nasional

21/06/2025
0

KUALA LUMPUR: penyalahgunaan dadah yang kian meruncing dan penggunaan rokok elektronik atau vape berleluasa dalam kalangan belia bukan lagi isu...

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara Tiga Warga Malaysia Ditahan Pihak Berkuasa Laos

Polis Sahkan Penyanyi Rap Antara Tiga Warga Malaysia Ditahan Pihak Berkuasa Laos

12/06/2025
0

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan penahanan tiga rakyat Malaysia oleh pihak berkuasa Laos kerana disyaki cuba menyeludup sejumlah ganja. Pemangku...

Next Post

Borhan: Sedih Lihat Mayat Wira Negara Digantung Jepun

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd