• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Penyu Terdampar Di Terengganu Dirawat FRI

oleh Ahmad Albab
03/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang di Dungun telah menyelamatkan dua penyu yang dijumpai terdampar oleh orang awam dalam dua kejadian berasingan pada Isnin lalu dan semalam.

Ketua Cawangan Mamalia Marin FRI Rantau Abang, Mohd Tamimi Ali Ahmad berkata seekor penyu lipas spesies Lepidochelys Olivacea telah ditemui di Pantai Pusat Pengembangan Perikanan Seberang Takir di Kuala Nerus pada Isnin lalu dalam keadaan letih akibat dipukul ombak kuat.

“Penyu seberat 6.1 kilogram (kg) itu turut mengalami luka di luar badan dan ditemui dalam keadaan sangat kelaparan.

“Sehari selepas itu, seekor penyu karah spesies Eretmochelys Imbricata seberat dua kg pula ditemui terdampar di pantai berhampiran Pejabat Daerah Perikanan Marang dalam keadaan menyedihkan kerana kaki renang belakang sebelah kirinya hampir putus akibat terbelit dalam pukat hanyut,” katanya kepada Bernama hari ini.

Ketika ini, kedua-dua penyu itu dirawat di FRI Rantau Abang dan diberikan makanan rumusan khas yang diadun menggunakan pisang, betik serta gula melaka bertujuan mengembalikan tenaga yang hilang ketika dilambung ombak kuat sekaligus membantu memulihkan sistem pencernaan penyu tersebut.

Beliau yang juga Ketua Pasukan Penyelamat Kedamparan Spesies Marin Terancam, Jabatan Perikanan Malaysia berkata selain makanan rumusan khas, suntikan antibiotik turut diberi untuk merawat luka dalaman dan luaran pada dua penyu itu.

Mengulas lanjut, beliau berkata musim tengkujuh yang kini melanda di empat negeri Semenanjung Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor turut memberi kesan buruk kepada hidupan marin.

“Fenomena ombak besar setinggi 1.0 hingga 3.0 meter dengan kelajuan angin mencapai 40-80 km/jam bukan sahaja boleh membawa maut kepada manusia malah spesies marin terancam seperti paus, lumba-lumba, dugong dan penyu.

“Sehubungan itu, saya berharap orang ramai yang menemui apa sahaja hidupan marin terancam terdampar di pantai agar menyerahkannya segera kepada FRI Rantau Abang untuk tujuan rawatan dan keselamatan,” katanya. – BERNAMA

Tags: penyu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Indonesia Dipenjara 12 Bulan Seludup Lebih 2,000 Telur Penyu

Warga Indonesia Dipenjara 12 Bulan Seludup Lebih 2,000 Telur Penyu

22/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUCHING – Cubaan menyeludup ribuan telur penyu secara haram membawa padah apabila seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman...

41 Penyu Mati Di Terengganu Dalam Enam Bulan

10/06/2022
0

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 41 kes kematian penyu direkodkan di Terengganu dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Ikuti Mynewshub: Facebook,Twitter, TikTok, Telegram, Instagram Pengerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd