• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Lagi Direman Berhubung Rasuah Kereta Api Sabah

oleh Ahmad Albab
31/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan perintah reman lima hari terhadap dua penolong jurutera Jabatan Kereta Api Negeri Sabah bagi memudahkan penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan perbuatan rasuah dalam projek kereta api di negeri ini.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Cindy McJuce Balitus bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap dua lelaki berkenaan yang masing-masing berumur 38 dan 36 tahun, suspek keenam dan ketujuh dalam kes itu, mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, pegawai pendakwa SPRM Mohd Faliq Basirudin berkata dua lelaki itu ditahan ketika berada di pejabat mereka di Tanjung Aru dan dibawa ke pejabat SPRM untuk disoal siasat sebelum ditangkap pada kira-kira 9 malam.

Beliau juga berkata empat individu, termasuk seorang timbalan pengarah Jabatan Kereta Api Negeri Sabah dan seorang kontraktor, dibebaskan dengan ikat jamin hari ini.

Menurutnya, kontraktor berkenaan dibebaskan dengan ikat jamin RM100,000, RM20,000 daripadanya didepositkan, manakala timbalan pengarah itu dibebaskan dengan ikat jamin RM100,000, tanpa sebarang deposit dan dua yang lain dibebaskan dengan masing-masing dikenakan ikat jamin RM100,000 dan RM50,000 tanpa didepositkan.

Keempat-empat mereka ditangkap pada 22 Jan, dengan tiap seorang dikenakan ikat jamin oleh dua penjamin dan diperintahkan melaporkan diri ke Pejabat SPRM sekali sebulan.

Suspek kelima dalam kes itu adalah kontraktor berumur 60 tahun, yang ditangkap pada 27 Jan dan perintah reman terhadapnya berakhir esok.

Tiga suspek yang berkhidmat dengan Jabatan Kereta Api Negeri Sabah dipercayai menerima lebih RM3 juta daripada kontraktor berkenaan sejak 2011.

SPRM juga melaporkan bahawa pihaknya merampas wang tunai berjumlah kira-kira RM1.6 juta dan membekukan akaun melibatkan RM5.3 juta dalam beberapa bank berhubung kes itu. – BERNAMA

Tags: kereta apiSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd