• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2.4 Hektar Parkir Kenderaan Disedia Kepada Rakyat

oleh AK-47
22/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SADAO (Selatan Thailand) – Bagi kemudahan rakyat Malaysia untuk melancong ke Thailand, sebuah kawasan parkir kenderaan yang selesa dan selamat iaitu seluas 2.4 hektar kini sedang dalam pembinaan yang terletak berhampiran padang sukan di sini.

Datuk Bandar Sadao, Sumet Sasithorn berkata kawasan parkir yang mula dibina pada Disember tahun lepas itu mampu menempatkan kira-kira 200 kereta dalam satu-satu masa dan dijangka siap sepenuhnya Mei ini.

“Pembinaan parkir dengan kos 40 juta Baht (RM5 juta) yang mampu menempatkan 50 kenderaan jika termasuk bas dan 200 kereta (jika tidak termasuk bas) dalam satu masa itu adalah bagi memudahkan rakyat Malaysia terutamanya yang hendak meneruskan perjalanan ke negara ini.

Di sini, kita akan menyediakan perkhidmatan kenderaan sewa dan pengangkutan awam untuk membawa pelancong ke tempat lain. Kawasan parkir ini juga strategik kerana ia terletak 12 kilometer (km) dari pintu sempadan Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar, Perlis,” katanya sewaktu menerima kunjungan anggota Kelab Media Elit Kedah (KMEK) di sini semalam.

Turut hadir Presiden KMEK, Mohd Rafie Azimi dan beberapa anggota jawatankuasa kelab berkenaan.

Katanya, bagi menarik pelancong luar terutama rakyat Malaysia, berhampiran kawasan parkir satu tingkat itu juga akan dibina sebuah taman tema air yang bakal dibuka dua tahun lagi.

Sumet berkata pihaknya juga akan membina premis-premis perniagaan di kawasan tersebut bagi memudahkan pelancong yang datang membeli barangan makanan dan cenderahati selain membuka pasar minggu pada setiap Isnin.

“Ini menjadikan kos keseluruhan pembinaan termasuk kawasan parkir mencecah 200 juta Baht (RM24.8 juta). Diharap dengan semua kemudahan infrastruktur ini dapat merancakkan lagi industri pelancongan di sini,” katanya.

Katanya, rakyat Malaysia yang datang ke situ juga boleh menjalankan aktiviti riadah di padang sukan yang terletak berhampiran kawasan parkir tersebut.

“Sadao sangat terkenal di kalangan pelancong terutama rakyat Malaysia kerana ia adalah laluan penting untuk ke Hadyai dan ke tempat lain dan dengan adanya tempat parkir dan taman tema ini ia menjadi nilai tambah untuk pelancong ke sini nanti,” katanya. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tabung Sitizoner Simbol Apresiasi Buat Peminat

Next Post

Petani Perlis Terima Bantuan Banjir Menerusi TBP

Related Posts

TULAR: Lelaki Sembur Cat Ke Badan Monyet, Pencinta Haiwan Gesa Tindakan Tegas

TULAR: Lelaki Sembur Cat Ke Badan Monyet, Pencinta Haiwan Gesa Tindakan Tegas

24/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua klip video tular di media sosial mengenai tindakan seorang lelaki menyembur cat ke badan dan muka seekor...

Rafizi ‘Tiada’ Di Kongres Nasional PKR Pagi Ini

Rafizi ‘Tiada’ Di Kongres Nasional PKR Pagi Ini

24/05/2025
0

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Rafizi Ramli yang tewas dalam saingan jawatan nombor dua PKR malam tadi tidak kelihatan di hari...

Next Post

Petani Perlis Terima Bantuan Banjir Menerusi TBP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd