• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

166 Ditahan Di China Terbabit Penipuan Dalam Talian

oleh AK-47
15/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HOHHOT (CHINA) – Polis Wilayah Autonomi Inner Mongolia di Utara China, menahan 166 orang kerana terbabit dalam skim penipuan telekomunikasi, yang mensasarkan pekerja migran China melalui temu janji dalam talian, lapor agensi berita Xinhua.

Pada Disember lepas, polis Baotou City menerima laporan mengenai mangsa yang diperdaya melalui temu janji dalam talian, berikutan itu pada Khamis, polis berjaya menumpaskan kumpulan itu di 22 kawasan di Baotou.

Menurut ketua geng, dikenali Long, kumpulan itu menyasarkan pekerja migran dari wilayah barat daya Yunnan, Guizhou dan Sichuan dengan menggunakan aplikasi mudah alih.

Modus operandi kumpulan itu dengan memperdaya mangsa, meminta menggantikan tiket kereta api dan penerbangan palsu atau meminta wang bagi tujuan menutup hal-hal kecemasan atau kesusahan.

Menurut pihak polis, kebanyakan individu yang terlibat dengan komplot itu berasal dari Yunnan, Guizhou dan Sichuan serta menyertai kumpulan berkenaan melalui kenalan.

Setakat ini, lebih 100 pekerja asing ditipu membabitkan wang bernilai lebih sejuta yuan (US$154,800). Siasatan lanjut sedang dijalankan.

Ramai penduduk di barat daya meninggalkan kampung halaman, untuk mencari kerja lebih baik di kawasan lebih maju di China.

Pada 2016, China mempunyai kira-kira 282 juta pekerja asing. – BERNAMA

Tags: Penipuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

Waspada Penipuan Guna AI – PDRM

Waspada Penipuan Guna AI – PDRM

16/07/2024
3

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini belum menerima laporan berkaitan kes penipuan yang membabitkan teknologi kecerdasan buatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd