• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

15 GRO Pelaris Pusat Hiburan Ditahan Dalam Serbuan

oleh Ahmad Albab
15/01/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GOMBAK – Seramai 15 wanita warga asing disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) antara 18 yang ditahan dalam serbuan ke atas dua pusat hiburan di Taman Perindustrian Kepong di sini, malam kelmarin.

Serbuan kira-kira jam 10.30 malam itu dijalankan sepasukan anggota dari Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Kebanyakan wanita warga asing itu dijadikan pelaris bagi menarik perhatian lelaki tempatan berkunjung ke pusat hiburan terbabit.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Norhizam Bahaman berkata, turut ditahan tiga rakyat tempatan termasuk seorang wanita yang bekerja di premis berkenaan.

Katanya, daripada 15 wanita warga asing yang ditahan itu, lapan adalah warga Thailand; Vietnam (empat) dan Indonesia (tiga).

“Pemeriksaan ke atas kedua-dua premis mendapati ia mempunyai lesen perniagaan tetapi melakukan kesalahan dengan menggaji warga asing tanpa permit.

“Kebanyakan pelayan pelanggan itu akan menerima tip daripada pengunjung dengan pembelian minuman keras,” katanya.

Norhizam berkata, turut dirampas dalam operasi itu adalah 11 keping kad kerja, dokumen berkaitan serta wang tunai RM617.

“Semua tangkapan dibawa ke IPD Gombak untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen Imigresen 1959/1963 dan Seksyen 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963,” katanya. – myMetro Online

Tags: GROpusat hiburan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

Op Noda: 87 Premis Digempur Seluruh Negara, 215 GRO Warga Asing Ditahan

25/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggempur 87 premis hiburan seluruh negara melalui Op Noda yang dijalankan Jumaat dan Sabtu...

Pusat Hiburan Sasar Warga Myanmar Diserbu, GRO Dibayar Ikut Harga Kalung

Pusat Hiburan Sasar Warga Myanmar Diserbu, GRO Dibayar Ikut Harga Kalung

02/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat hiburan yang menyasarkan pelanggan warga asing, khususnya warga Myanmar di Lebuh Pudu di sini, diserbu Jabatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd