• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

147 Sabitkan Kes Pemerdagangan Orang Pada 2017

oleh AK-47
19/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jumlah sabitan kes pemerdagangan orang pada tahun 2017 meningkat kepada 147 berbanding 100 sabitan pada tahun 2016, kata Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan juga bersetuju dengan cadangan penubuhan Mahkamah Sesyen Antipemerdagangan bermula Mei ini bagi mempercepatkan pengurusan kes.

“Ini bagi memastikan aspek kebajikan dan hak asasi mangsa pemerdagangan orang terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO), di sini hari ini.

Pada 12 Jan lepas, Ketua Hakim Negara Tun Raus Sharif berkata mahkamah khas bagi mendengar kes-kes melibatkan kesalahan antipemerdagangan itu akan dikendalikan seorang Hakim Mahkamah Sesyen manakala projek perintis akan bermula di Klang, Selangor dan seterusnya di Johor, Melaka, Sabah dan Pulau Pinang.

Menurut Alwi, seramai 150 mangsa pemerdagangan orang telah mula menerima insentif bulanan manakala 95 orang mangsa menikmati kebenaran bergerak bebas dan bekerja di Malaysia.

Alwi berkata beberapa program turut dirancang untuk menambah baik program kebenaran bekerja melalui penglibatan secara langsung industri dan pemeteraian dokumen kerjasama antara kerajaan dan majikan dalam setiap sektor yang dikenal pasti.

“Dalam aspek pencegahan, ‘engagement’ dengan negara sumber, kedutaan dan industri akan terus dipertingkat dalam memastikan elemen antipemerdagangan orang diterapkan di semua peringkat sepanjang rantaian bekalan,” katanya.

Menurut Alwi, anggota MAPO juga telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang disaksikan wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menterjemahkan komitmen negara dalam membanteras sebarang perlakuan rasuah dan salah guna kuasa semasa melaksanakan tugas membanteras jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran.

Katanya mesyuarat pertama bagi 2018 itu turut membincangkan perancangan program bagi tahun ini serta inisiatif-inisiatif baharu dalam memperkasa perundangan, mengukuhkan kerjasama antara agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam siasatan kes dan pengurusan mangsa pemerdagangan orang.

“Penglibatan aktif NGO dalam pengurusan mangsa pemerdagangan orang merupakan perkembangan positif dan perlu diteruskan bagi memastikan kebajikan mangsa dapat terus terpelihara dan tanggungjawab dapat dikongsi bersama,” kata Alwi. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Alwi Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tingkat Usaha Bentuk Kerja Cemerlang KSU KDN

23/03/2018
0

PUTRAJAYA - Usaha berterusan bagi membentuk budaya kerja cemerlang dalam perkhidmatan awam bukan hanya perlu dilakukan di peringkat jabatan malah...

Setuju Tubuh Mahkamah Sesyen Antipemerdagangan

21/01/2018
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju dengan cadangan untuk mewujudkan Mahkamah Sesyen Antipemerdagangan bermula Mei tahun ini. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd