• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,200 Jemaah Khas Haji PM Terima Tawaran 2 Februari

oleh AK-47
23/01/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 1,200 jemaah haji yang terpilih di bawah Program Khas Haji Perdana Menteri tahun ini akan menerima surat tawaran mereka pada 2 Feb ini.

Pengerusi Alumni Program Khas Haji Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah berkata jemaah kali ini akan dihantar lebih awal melalui penerbangan kedua (KT2) pada bulan Julai berbanding tahun-tahun sebelumnya pada KT13 atau KT14.

“Tahun ini kita beri surat tawaran awal, jadi kita dapat menghantar jemaah lebih awal dan saya juga telah bermesyuarat dengan pihak Tabung Haji mengenai perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa majlis penyerahan surat tawaran haji itu di Perdana Putra, di sini hari ini.

Jailani sebelum ini memaklumkan kuota menunaikan haji di bawah program itu pada tahun ini ditambah 100 orang lagi, menjadikan jumlah keseluruhan 1,200 orang berbanding tahun 2017.

Menurutnya selain imam, bilal dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan tok batin, program kali kelapan itu turut diperluaskan kepada badan bukan kerajaan (NGO), Majlis Guru Besar, pesara kerajaan dan jabatan agama Islam negeri.

Jailani yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri berkata, program bermula pada 2011 itu telah menghantar seramai 5,711 jemaah haji. – BERNAMA

Tags: Haji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

Pemilik Madrasah Ditahan, Tipu 47 Jemaah Haji Warga Emas

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik sebuah madrasah ditahan selepas dipercayai berperanan untuk meraih kepercayaan 47 jemaah warga emas yang terpedaya...

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

Presidensi Arab Saudi Pasang Skrin 3D Bantu Jemaah Haji Patuhi Langkah Kesihatan

08/06/2025
0

MAKKAH - Presidensi Am Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Arab Saudi menggesa para jemaah haji supaya mematuhi langkah-langkah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd