• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1,000 Bantah Donald Trump, WEF Di Switzerland

oleh Ahmad Albab
25/01/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ZURICH – Lebih seribu orang penunjuk perasaan berhimpun di sini membantah rancangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Switzerland.

Trump dijangka berucap ketika perhimpunan perdagangan antarabangsa dan pemimpin dunia di Davos Jumaat ini.

Wartawan AFP melaporkan, kumpulan penunjuk perasaan itu berarak ke arah bandar sambil menjerit ‘Trump tidak dialu-alukan’.

Ada antara mereka membawa kain rentang serta sepanduk bertulis ‘buang Trump’ dan ‘Switzerland mengundang Nazi’.

“Kami membantah Trump dan WEF. Ia adalah perbincangan antara satu peratus golongan kaya di dunia dan seorang lelaki yang menjadi pencetus suasana agresif terhadap wanita dan golongan minoriti. Dia tidak dialu-alukan di Switzerland,” kata Presiden Sosialis Muda Switzerland, Tamara Funiciello.

Perhimpunan itu turut disertai aktivis anti-global dan alam sekitar serta organisasi Kurdis dan Palestin.

Jurucakap Pergerakan Sosialisme, Michel Zahn berkata, Trump adalah penjelmaan seksisme, perkauman, eksploitasi dan rasuah.

Presiden Amerika itu berdepan kritikan berikutan dasar anti-imigresen dan tindakannya mencabul wanita ketika kempen pilihan raya lalu. – AFP/BH ONLINE

Tags: Switzerland
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Euro 2020: Switzerland Singkir Perancis

29/06/2021
0

BUCHAREST - Kylian Mbappe gagal menyempurnakan penalti penting ketika Switzerland mengejutkan juara dunia Perancis pada saingan Euro 2020 di sini,...

Najib Tak Pergi Ke Switzerland Untuk Bawa Balik Wang SRC

14/04/2021
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini mendengar bahawa bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak pergi ke Switzerland untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd