• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zamrud Terbesar Di Dunia Bernilai RM1.3 Bilion Ditemui

oleh
22/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

WOW! Sebutir batu zamrud gergasi bernilai kira-kira AS$318 juta (RM1.3 bilion) ditemui di sebuah kawasan perlombongan di Brazil, kini disimpan di tempat rahsia dengan tahap keselamatan tinggi.

Media antarabangsa melaporkan, langkah berkenaan terpaksa dilakukan selepas pemilik batu itu mendedahkan dia hidup dalam penuh ketakutan – ancaman diculik, peras ugut dan rompakan bersenjata – gara-gara penemuan itu.

Lelaki yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai FG berkata batu itu sangat bernilai tinggi kerana saiznya besar dan kualiti kristalnya malah memerlukan bantuan trak forklift untuk mengangkat batu yang sangat bernilai itu.

Zamrud gergasi seberat 360 kilogram dan berketinggian 1.3 meter itu dikeluarkan dari perut bumi baru-baru ini. Ia ditemui di kedalaman 200 meter di kawasan perlombongan Carnaiba di Bahia, utara timur Brazil.

Pemilik yang berhati-hati itu berkata baru-baru ini: “Saya tidak dapat dedahkan apa-apa tentang tempat penyimpanan batu itu, bagaimana ia disimpan serta berapa harga yang saya bayar (untuk menyimpannya).

“Apa yang saya boleh katakan batu itu dipindah secara kerap ke tempat selamat diiringi pengawal bersenjata. Saya tidak boleh ambil sebarang risiko ke atas keluarga saya dengan simpan di satu tempat sahaja,” kata FG lagi.

Difahamkan, sudah ada beberapa pembeli yang menunjukkan minat untuk membeli batu berkenaan kebanyakannya adalah golongan kaya dari rantau Timur Tengah.

FG berkata lagi: “Batu itu mempunya serpihan zamrud yang merata-rata. Kualitinya sangat bagus dan ia menjadi batu permata yang terbaik pernah saya jumpa dalam masa kira-kira 30 tahun bergiat dalam industri ini.”

Portal berita antarabangsa melaporkan, pakar permata pernah meramalkan batu berhias yang mengandungi kira-kira 180,000 karat kristal zamrud itu, sebenarnya boleh mencecah harga jualan sekitar AS$318 juta.

FG berkata, batu terbabit berjaya dikeluarkan oleh 10 orang pelombong tempatan dan masing-masing kemudian sudah dibayar supaya hanya dia menjadi pemilik tunggal permata tersebut.

Batu gergasi itu ditemui di kawasan perlombongan yang sama; hanya 100 meter; iaitu tempat batu Zamrud Bahia yang terkenal di seluruh dunia pernah ditemui 16 tahun lepas. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Brazilzamrud
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat Terhempas Di Brazil, 61 Terbunuh

Pesawat Terhempas Di Brazil, 61 Terbunuh

10/08/2024
0

SAO PAULO : Sekurang-kurangnya 61 orang terkorban selepas sebuah pesawat turboprop terhempas berhampiran Sao Paulo, Brazil, semalam. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

45 Maut Dalam Serbuan Sasar Geng Dadah Di Brazil

45 Maut Dalam Serbuan Sasar Geng Dadah Di Brazil

03/08/2023
0

BRASILIA: Sekurang-kurangnya 45 orang terbunuh dalam beberapa serbuan polis yang menyasarkan geng sindiket dadah di tiga negeri di Brazil. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd