Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Klip Video Fitnah, Bermotif...

KENINGAU – Calon Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) 2018 Raymond Ahuar...

Elakkan Renjatan & Kemalangan...

KUALA LUMPUR - Para penduduk di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah yang dilanda...

Ahmad Zahid Sifatkan ‘Tok...

BALINGIAN - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Ketua...

Jemaah Terkandas: Reman Terhadap...

KUALA LUMPUR - Lima individu termasuk sepasang suami isteri pemilik syarikat pelancongan yang...

Abam Dan Tauke Nikah Tarikh Selang Sehari

SETELAH lama menanti si pemilik hati, akhirnya pelawak terkenal, Abam Bocey telah diijabkabulkan hari ini dengan pilihan hatinya, Siti Nor Hidayah Mohd. Ali.

Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Redzuan telah dinikahkan pada jam 4 petang Jumaat di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Selangor.

Manakala majlis resepsi pula akan diadakan pada 9 Disember di kediaman Siti Norhidayah. Bagi majlis sambut menantu pula akan diadakan pada 20 Januari 2018 depan.

Abam dan Hidayah telah dinikahkan oleh Ustaz Kamal Salam, iaitu Penolong Pendaftar Nikah Sabak bernam, berwakil walikan bapa pengantin perempuan, Mohd Ali Bahtin.

Pihak lelaki telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,000 berserta 9 dulang hantaran dibalas dengan 11 oleh pihak perempuan manakala wang hantaran yang telah diberikan ialah sebanyak RM13,888.

Ahli kumpulan Bocey yang lain iaitu Fad dan Achey turut hadir bersama di sebelah Abam ketika majlis akad nikah berlangsung.

Jadi, dengan berlangsungnya pernikahan Abam hari ini, maka lengkaplah kesemua ahli kumpulan Bocey sudah berumah tangga.

“Ramai orang tanya sama ada saya sudah bersedia jadi suami atau gementar menanti hari bahagia, tetapi sebenarnya perasaan ini lebih kepada tidak sangka ada juga wanita sudi jadi surihati saya.

“Saya dan Hidayah mula berkawan sejak 2009, sebelum saya melangkah kaki ke Raja Lawak 6 lagi. Hubungan kami pernah putus sekejap.


“Tapi kalau dah jodoh, macam mana pun akan bertaut juga,” kata Abam dipetik daripada portal Astro Gempak pada  November lalu.

Tambah Abam, dia telah menghantar rombongan meminang Hidayah pada September lalu.

Tujuannya merahsiakan perkara itu ialah bertujuan supaya tidak kecoh terlalu awal kerana khuatir jika berlaku apa-apa perkara yang tak diingini.

Selain itu, majlis pertunangan juga telah berlangsung pagi tadi iaitu sebelum majlis pernikahan berlangsung.

Dalam masa yang sama, seorang lagi pelawak terkenal, Tauke Jambu juga bakal mendirikan rumah tangga pada esok hari.

Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria bakal mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Nadia Mohd Affandi di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor pada 10 pagi Sabtu.

Majlis resepsi pula akan diadakan pada belah malam di tempat yang sama.

Tahniah diucapkan kepada Abam dan Tauke yang kini sudah dan bakal bergelar pengantin baru. Semoga rumah tangga yang dibina akan mendapat keberkatan oleh Yang Maha Esa. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori