• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Warga Indonesia Mengaku Salah Dera Anak

oleh Ahmad Albab
05/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Seorang wanita warga Indonesia mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan kecederaan fizikal kepada anak lelakinya yang berusia setahun, bulan lepas.

Tertuduh yang hanya dikenali sebagai Nisa, 26, membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Tertuduh didakwa mengabaikan anak lelakinya itu sehingga menyebabkan kecederaan fizikal di rumah mereka di Paya Lahar Kepah, Kepala Batas dekat sini pada pukul 4.30 petang, 22 Nov lepas.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Roslina Idris tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh dan mahkamah kemudiannya menetapkan 5 Jan untuk menjatuhkan hukuman serta mendapatkan laporan bedah siasat anak lelakinya itu.

Pada 23 Nov lepas, polis menahan wanita warga Indonesia itu yang disyaki mendera anak lelakinya itu, sehingga mengalami kecederaan parah di kepala dan lebam di badan.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 petang 22 Nov lepas, wanita berkenaan dan suaminya yang merupakan warga tempatan, membawa anak mereka ke Hospital Kepala Batas, dekat sini selepas tidak sedarkan diri sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana kritikal.

Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia kira-kira 10.45 pagi, 27 Nov lepas selepas keadaannya semakin kritikal dipercayai akibat pendarahan otak kerana dipukul dengan benda tumpul di kepala. – BERNAMA

Tags: Kes deraWanita
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan selepas disyaki didera ibu kandungnya hingga cedera parah di sebuah...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd