• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Mana Perginya Nilai Kemanusiaan Di China…

oleh AK-47
13/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TINDAKAN orang ramai yang tidak menghiraukan malah tidak membantu seorang kanak-kanak yang tercedera selepas dilanggar kenderaan menerima kecaman ramai netizen di media sosial.

Insiden malang tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di sebatang jalan di bandar Bobai, Yulin di wilayah Guanxi, China, kira-kira pukul 3.40 petang waktu tempatan.

Menerusi rakaman, kanak-kanak terbabit pada mulanya dilihat cuba melintas jalan namun secara tiba-tiba sebuah motosikal roda tiga dari arah kanan merempuh dirinya pula.

Mangsa yang tersungkur cuba untuk berdiri namun tidak terdaya akibat kecederaan yang dialami.

Bagaimanapun, pemandu motosikal roda tiga terbabit hanya berhenti seketika melihat kecederaan mangsa, sebelum berlalu pergi seperti tiada apa yang berlaku.

Lebih menyedihkan, orang ramai yang lalu lalang di kawasan tersebut hanya mampu ‘menonton’ mangsa yang cedera tanpa memberikan sebarang bantuan.

Mujur seorang kanak-kanak berbaju merah yang bermain di sebarang jalan, bergegas ke arah mangsa lalu cuba memapahnya ke tempat yang lebih selamat

Beberapa penunggang motosikal yang melalui kawasan kemalangan itu juga dilihat tidak menghiraukan keadaan kanak-kanak malang terbabit.

Kanak-kanak prihatin ini juga terus mendapatkan kertas tisu untuk membersih dan menekap kecederaan anak kecil ini.

Mangsa kemudiannya telah dibawa ke sebuah hospital dan kanak-kanak itu dilaporkan mengalami patah kaki dan kehilangan beberapa batang gigi.

Insiden kemalangan itu seterusnya menimbulkan kecaman netizen yang rata-ratanya mempertikaikan sikap masyarakat China yang tidak berperikemanusian untuk membantu orang yang berada dalam kesusahan.

“Ada je orang yang berada di lokasi kejadian, namun tiada siapa pun ambil peduli,” tulis netizen dipetik portal berita South China Morning Post.

Kebanyakanya melahirkan perasaan kecewa dengan sikap penting diri masyarakat China yang langsung tidak mahu bertanggungjawab.

Difahamkan, kanak-kanak berusia tujuh tahun yang tampil memberikan bantuan kepada mangsa itu dikenali sebagai Chen Jiu Yi.

Menurut Chen, dia membuat keputusan untuk membantu budak lelaki tersebut selepas melihat mulut mangsa yang berdarah akibat dilanggar.

Ditanya sama ada tidak merasa takut apabila memberikan pertolongan, kanak-kanak itu mengatakan gurunya telah mengajar untuk membantu orang lain yang berada di dalam kesusahan.

Republik itu yang ada populasi penduduk 1.3 bilion sememangnya terkenal dengan ‘polisi’ enggan bantu mangsa kemalangan kerana takut mereka pula akan dipersalahkan dan menghadapi tindakan undang-undang.

Beberapa kes berprofil tinggi menyaksikan mereka yang menolong mangsa kemalangan disaman pula oleh pihak mangsa sendiri.

Apa sahaja alasannya, yang jelas sebilangan manusia nampaknya sudah sampai ke peringkat melampau dalam keghairahan mengaut harta hingga tidak mahu lagi menolong orang kesusahan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Chinakanak-kanakkemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

Suami Isteri Antara 3 Terkorban, Van Dirempuh Treler Sebelum Hanyut Ke Laluan Bertentangan

03/04/2026
0

SEGAMAT – Tragedi menyayat hati berlaku apabila sepasang suami isteri antara tiga individu yang maut dalam kemalangan ngeri membabitkan tiga...

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

2 Maut, 2 Cedera Pesawat Air Canada Langgar Trak Bomba

23/03/2026
0

Istanbul: Sebuah pesawat Air Canada berlanggar dengan sebuah trak bomba di landasan Lapangan Terbang LaGuardia, New York pada lewat malam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd