• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UMNO Tiada Masalah Terima Permohonan Maaf Mahathir

oleh Ahmad Albab
01/01/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata UMNO tiada masalah untuk menerima permohonan maaf Tun Dr. Mahathir Mohamad sepanjang beliau berkecimpung dalam politik.

“Alhamdulillah, Tun minta maaf.….jika Tun mengaku ada buat salah kita boleh terima tetapi bila dah tuduh dengan teruk kerajaan yang memerintah, tidak baiklah.. sebab kita semua bukan sempurna.

“Begitu juga bila nak tegur kita kena ingat kita pernah buat salah atau tidak…..saya harap kembalilah ke pangkal jalan dan bersama kerajaan supaya kita menjadi lebih kuat dan dapat menunaikan lebih banyak hasrat dan kebaikan untuk rakyat,” katanya.

Semasa berucap merasmikan mesyuarat agung pertama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Shah Alam semalam, Dr. Mahathir membuat permohonan maaf itu bagi segala kesalahan yang pernah dilakukannya.

Shahidan yang juga pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis dan anggota Majlis Tertinggi UMNO ditemui selepas menyampaikan keperluan sekolah program ‘Ceria Kembali Ke Sekolah Felcra Berhad’ di Pusat Khidmat anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tambun Tulang di sini, hari ini.

Felcra menyumbangkan 500 beg kepada anak-anak golongan B40 dalam kawasan Parlimen Arau sebagai sebahagian program khidmat kemasyarakatannya pada majlis itu.

Sebelum itu, Pengurus Besar Felcra Wilayah Utara (Kedah dan Perlis), Wan Mokhtar Wan Muda berkata seramai 1,006 orang anak-anak golongan B40 termasuk anak-anak kakitangan agensi itu menerima bantuan berupa pakaian seragam sekolah, beg, alat tulis, kasut, stoking dan buku latihan.

Dalam perkembangan lain Shahidan berkata pembangkang yang mulai mendekati rakyat untuk memberi sumbangan dan bantuan sejak akhir-akhir ini sama sekali tidak menggugat Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO.

“Biarlah…..itu hak mereka untuk masuk beri bola sepak raga sebiji, beras sekampit dan sedikit bantuan. Kalau depa (mereka) tak masuk macam mana kita nak lawan dan lihat siapa lebih kuat dalam membantu dan menjaga kebajikan rakyat,” tambahnya.

Mengenai Perlis, beliau berkata UMNO telah membuat persiapan jangka panjang dan bersiap siaga untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 yang semakin hampir. – BERNAMA

Tags: Mahathir MohamadPPBM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd