• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umat Islam Perlu Kukuh Benteng Perpaduan

oleh AK-47
03/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah menyeru umat Islam supaya memperkukuh benteng kesatuan dan perpaduan bagi mengelak daripada hasutan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Baginda bertitah, umat Islam perlu terus bersatu hati di bawah lambang perpaduan demi permuafakatan dalam bangsa, agama dan negara.

“Hal ini ini kerana kita sedang berada di satu zaman yang penuh dengan cabaran dan hasutan daripada pihak tidak bertanggungjawab. Sekiranya tidak ditangani dengan baik, tembok perpaduan itu akan runtuh.

“Beta juga kesal sekiranya sambutan yang dibuat setiap tahun tidak mampu dihayati sepenuhnya dan lebih sedih apabila ada individu yang mengagungkan Rasulullah tapi pada hakikatnya merupakan penggerak aktiviti yang dilarang baginda,” titahnya.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. Turut berangkat Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff dan Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Baginda turut bertitah mahu umat Islam memahami, menghayati dan mempraktikkan segala ajaran yang disampaikan Nabi Muhammad SAW sebagai satu pedoman dan panduan hidup.

“Sambutan maulid yang diadakan bukan sekadar untuk mengisi masa lapang atau melengkapkan takwim tahunan, bahkan lebih kepada mencapai misi yang perlu kita laksanakan khususnya sebagai khalifah penerus legasi dakwah Nabi hingga hari kiamat kelak,” titahnya.

Dalam majlis itu Sultan Sallehuddin turut menyampaikan anugerah Tokoh Pendakwah kepada Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah Kolej Sastera dan Sains Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Shukri Ahmad, 53, Tokoh Ibu Mithali kepada Siti Aishah Ahmad ,75, dan Tokoh Imam kepada Imam Masjid Sungai Pasir, Sungai Petani, Ali Ahmad, 69.

Setiap penerima anugerah menerima plak sijil, replika cek bernilai RM3,000 dan hadiah sampingan.

Turut hadir, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Bakar Din, Mufti Kedah Datuk Mohd Syeikh Fadzil Awang dan Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelancongan dan Warisan dan Kerja Raya negeri Datuk Mohd Rawi Abd Hamid. – BERNAMA

Tags: Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sultan Sallehuddin Selamat Ditabal Sultan Kedah Ke-29

22/10/2018
0

ALOR SETAR - Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah hari ini selamat ditabal sebagai Sultan Kedah Ke-29 dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd