• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isytihar Darurat, Kebakaran Terburuk Di California

oleh AK-47
12/12/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAIKAN neraka dunia apabila kebakaran hutan di California dianggap terburuk dalam tempoh 80 tahun sehingga memaksa Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengisytiharkan darurat.

Keadaan itu bagaikan suatu malapetaka buat negara Uncle Sam selepas membuat pengisytiharan bahawa Baitul Maqdis adalah ibu negara rejim Zionis.

Menurut White House, perisytiharan itu dibuat bagi memudah kerajaan Persekutuan menyalurkan bantuan susulan keadaan kecemasan akibat kebakaran hutan bermula awal bulan ini.

Ia juga bagi mengagihkan dana kecemasan kerajaan ke tempat yang dilanda bencana, termasuk Los Angeles, Riverside, San Diego, dan daerah Ventura.

The Independent melaporkan empat kebakaran terus marak di selatan California pada hari Khamis, dengan amaran yang berkuatkuasa pada hari Sabtu.

Kebakaran merebak ke arah Los Angeles, dan awal minggu ini menjadikannya ke pantai Pasifik dengan asap-asap yang kelihatan dari satelit NASA.

Sebelum ini dilaporkan hampir 212,000 penduduk dipindahkan susulan kebakaran hutan di selatan California yang semakin buruk.

Sementara itu agensi berita antarabangsa BBC melaporkan, kira-kira 5,000 anggota bomba dikerah untuk memadamkan kebakaran di empat hutan yang telah memusnahkan ratusan kediaman di selatan negeri ini.

Jumlah penduduk yang dipindahkan terus meningkat apabila kebakaran hutan baharu dilaporkan berlaku di utara San Diego.

Anggota bomba di California Selatan berhadapan tekanan mengawal enam kebakaran hutan, yang sudah memusnahkan ratusan bangunan dan memaksa puluhan ribu penduduk berpindah.

Jabatan kaji cuaca meramalkan angin semakin kencang menjelang malam ini sekali gus menjadikannya lebih mencabar kepada 8,700 anggota bomba yang sudah bergelut mengawal kebakaran dari San Diego ke Pantai Pasifik di Santa Barbara, sejak lima hari lalu.

Kebakaran meragut sekurang-kurangnya satu nyawa, memusnahkan 500 struktur, mencederakan 10 orang termasuk empat anggota bomba.

Angin kencang berkemungkinan memadamkan api yang kini berisiko merebak, kata jurucakap Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, Lynne Tolmachoff.

Pada kemuncaknya, kira-kira 200,000 penduduk terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing.

Arahan pemindahan ditarik balik di sesetengah kawasan, menjadi berita baik kepada ramai di pusat perlindungan yang menanti untuk melihat sama ada rumah mereka selamat.

Gabenor California, Jerry Brown berkata, setakat ini ia sudah memusnahkan 600 kediaman dan membakar kawasan seluas 70,000 hektar, kemusnahan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di sebuah negeri paling ramai penduduk di AS. – MYNEWSHUB.CC


Tags: californiakebakaran
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahathir Pulangkan Dua Pingat Kebesaran Selangor

Next Post

Mahathir Mahu Tunjuk Siapa Lebih Besar!

Related Posts

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

Kebakaran Terbesar Dekad Ini, Israel Umum Darurat Negara

01/05/2025
0

BET SHEMESH, Israel: Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa kebakaran hutan yang merebak dengan pantas berhampiran Baitulmaqdis boleh...

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

50 Rumah Setinggan Musnah Terbakar Menjelang Ramadan

01/03/2025
0

Kota Kinabalu: Dianggarkan 50 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Cempaka Likas, di sini, awal pagi tadi. Bagaimanapun, kejadian...

Next Post

Mahathir Mahu Tunjuk Siapa Lebih Besar!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd