• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tokan Dadah Thailand Dipenjara Seumur Hidup

oleh AK-47
15/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH sekian lama menjadi ‘tokan’ dadah di Thailand, Lao Ta Seanlee, 71, akhirnya tumpas di tangan pihak pengadilan apabila dia dan seluruh keluarganya disabitkan bersalah dan menerima hukuman setimpal.

Lapor Straitstimes, Lao Ta Seanlee, bekas gerila antikomunis yang menjadi pengedar dadah dan pada masa sama turut menjalankan perniagaan kedai kopi di utara Thailand dipenjara seumur hidup selepas mengaku bersalah.

Dia dan keluarganya terkenal kerana menjadi pengedar dadah di zon digelar segi tiga emas yang turut merangkumi beberapa bahagian Myanmar, Laos serta selatan China iaitu antara lokasi penghasilan dadah terbesar di dunia yang membekalkan heroin serta Methamphetamine ke seluruh Asia.

Lelaki itu mengaku bersalah menjual syabu kepada polis yang menyamar serta memiliki 20kg dadah berkualiti tinggi yang ditemui di perkarangan rumahnya.

“Mahkamah pada mulanya mahu memberikan hukuman mati kerana tuduhan memiliki dan berniat menjual 20kg dadah tetapi disebabkan dia mengaku salah, hukuman dikurangkan kepada penjara seumur hidup dan denda 2.5 juta baht (RM313,000),” ujar hakim.

Isteri Lao Ta pula dipenjara 25 tahun selepas mengaku membantu mengedar dadah sementara dua anak lelakinya dihukum gantung sampai mati atas tuduhan mengedar 20kg syabu kerana mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.

Bagaimanapun, anak-anak Lao Ta akan merayu terhadap hukuman berkenaan.

Lao Ta dan keluarga ditahan pihak polis dalam satu operasi membabitkan penyamaran tahun lalu.

Menurut jurucakap polis, penangkapan Lao Ta menamatkan siasatan dua tahun pihak polis kerana amat susah untuk mensabitkan warga emas itu yang melindungi aktiviti penjualan dadah melalui perniagaan lain miliknya.

Lao Ta disenarai antara 60 pengedar dadah berpengaruh di Thailand, di mana setakat ini  30 daripadanya telah berjaya diberkas pihak berkuasa. – MYNEWSHUB.CC

Tags: dadahThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd