• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TLDM Hantar 45 Tan Keperluan Makanan, Perubatan Bantu Mangsa

oleh AK-47
27/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kapal Diraja (KD) Kedah milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menghantar 45 tan barangan keperluan makanan, pakaian dan perubatan bagi misi bantuan kemanusiaan ke kawasan terjejas dengan Taufan Tembin di selatan Filipina, malam ini.

Pegawai Pemerintah KD Kedah Komander Ruzman Mat berkata terdapat dua pusat pengumpulan barang keperluan bagi misi bantuan kemanusiaan itu, masing-masing di Markas Pemerintahan Armada Timur, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu di Sepanggar dan Markas Wilayah Laut 2 di Sandakan.

Beliau berkata KD Kedah dijangka belayar ke Sandakan pada 7 malam ini bagi mengambil barangan bantuan dikumpulkan di sana selepas selesai proses pemunggahan masuk kesemua barangan bantuan, di sini.

“Kapal dijangka tiba di Sandakan pada 8 pagi (Khamis) dan selepas selesai pemunggahan (masuk) barang bantuan di sana, kapal akan meneruskan pelayaran ke pelabuhan Zamboanga.

Pelayaran ke sana akan mengambil masa dan dijangka KD Kedah akan tiba pada pagi 30 Dis (Sabtu),” katanya ketika ditemui pemberita sewaktu proses pemunggahan masuk barangan bantuan misi kemanusiaan itu ke KD Kedah di jeti Pangkalan TLDM Kota Kinabalu, dekat Sepanggar, di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Panglima Armada Timur Kapten Zahid Abd Aziz.

Ruzman berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan bekerjasama dengan anggota tentera Filipina bagi mengagihkan barangan bantuan misi kemanusiaan itu ke kawasan bencana di Tubod dan Piagapo.

Seramai 90 anggota KD Kedah terlibat dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan itu, katanya.

Pada Isnin, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kementeriannya menerusi ATM diletakkan dalam keadaan bersedia untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke kawasan yang mengalami banjir dan tanah runtuh terutama di Tubod dan Piagapo.

Hishammuddin juga telah menghubungi Setiausaha Pertahanan Filipina Delfin Lorenzana bagi menzahirkan simpati kementerian serta rakyat Malaysia terhadap mangsa bencana di selatan negara itu.

Media antarabangsa melaporkan lebih 200 orang terbunuh manakala berdozen lagi hilang ketika taufan berkenaan melintasi wilayah tersebut. — BERNAMA

Tags: Taufan Tembin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

M’sia Sedia Bantu Filipina Yang Dibadai Taufan Tembin

25/12/2017
0

KUALA LUMPUR - Malaysia bersedia menghulurkan bantuan dan sokongan ke kawasan yang terjejas dengan Taufan Tembin di selatan Filipina. Menteri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd