• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Pelaku Pembakaran Terbuka Di Ulu Yam

oleh Ahmad Albab
18/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan mengambil tindakan terhadap pemilik tanah yang mempunyai kaitan dengan kebakaran di tapak pelupusan sampah haram di Jalan Ulu Yam, Gombak.

Menteri sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tindakan akan diambil menurut Seksyen 29 (A) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan denda sehingga RM500,000 atau maksimum lima tahun penjara atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

“Kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan. Di bawah peruntukan ini, pemilik tanah juga boleh dikenakan tindakan sekiranya mendapati pembakaran terbuka berlaku di dalam kawasan tanah miliknya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Junaidi berkata JAS telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mendapati kawasan kebakaran terletak di kawasan lereng bukit berhampiran Jalan Utara Ulu Yam-Gombak yang telah dijadikan tapak pelupusan haram.

Saiz kebakaran dianggar seluas satu ekar (0.4 hektar), katanya.

Beliau berkata JAS sedang memantau kawasan tersebut bagi memastikan tidak pembakaran terbuka baharu di kawasan berkenaan.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka dan melaporkan kes-kes sedemikian kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat atau JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

Bacaan Pertama RUU Pindaan Hukuman Mati Mandatori Oktober Ini

13/09/2022
0

PUTRAJAYA - Rang undang-undang (RUU) pindaan akta hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori dijangka dibaca kali pertama pada 4 Oktober...

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

Sah Bajet 2023 Dibentang 7 Oktober

26/08/2022
0

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Bajet 2023...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd