• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

THT Sasar Satu Piala Saingan Liga Musim Depan

oleh AK-47
27/12/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Juara bertahan hoki Piala TNB, Terengganu Hockey Team (THT) menyasasarkan lebih daripada satu piala untuk saingan baharu Liga Hoki Malaysia yang membuka tirai awal Januari ini.

Pengurus THT, Zaki Mohd Noor berkata mereka kini dalam keadaan bersiap sedia dalam memastikan THT mampu mencapai sasaran tersebut setelah gagal pada edisi sebelumnya.

“Kita akan cuba sedaya mungkin untuk mengekalkan kejuaraanyang kita perolehi musim lalu dan memastikan Piala TNB masih menjadi milik kita dan meraih gelaran juara bagi Piala Tan Sri P Alagendra yang akan membuka tirai pada 4 Jan depan.

“Di samping itu kita akan mencuba merampas kembali gelaran juara bagi Liga Perdana Hoki Malaysia (MHL) dan Piala Sumbangsih yang dimenangi Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC),” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Turut hadir pengurus pasukan Hoki Perempuan Terengganu (TLH), Nik Zarah Nik Abdul Kadir.

Zaki berkata, pasukannya kini juga giat menjalani latihankondusif bermula dua minggu lalu di Kuala Lumpur untuk persiapan dan berharap semua persiapan berjalan lancar.

“Proses kemasukan enam pemain import berjalan lancar antaranya bintang hoki Argentina iaitu pakar pukulan sudut penalti, Gonzalo Pelliat. Selepas rundingan demi rundingan selama empat bulan bermula September lalu..akhirnya Pelliat bersetuju untuk menyertai pasukan kita.

“Rakan senegara Pelliat iaitu Joaquin Menini, Pablo Javier Trevisan dan Barreiros Lopez turut menyertai THT sementara pemain import dari Jerman, Moritz Erhand dan pemain import dari Pakistan akan tiba seawal 2 Jan nanti.

“Kita turut kekalkan pasangan adik beradik Fitri Saari dan Faizal Saari, penjaga gol Mohd Hafizuddin Othman dan membawa masuk pemain muda yang dikenalpasti potensi mereka dan juga merupakan atlet SUKMA Sarawak 2016 antaranya Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran , Muhammad Firdaus Omar (TNB), dan Sufi Ismat Rahul Amin (UniKL),” katanya

Zaki turut berterima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu yang banyak membantu pembangunan sukan khususnya membelanjakan jumlah yang besar bagi sukan ini.

Beliau berkata, dengan dana yang amat besar dari kerajaan negeri, Terengganu kini disegani sebagai sebuah negeri yang amat komited dalam membangunkan dan melahirkan jaguh-jaguh hoki bertaraf antarabangsa. – BERNAMA

Tags: hoki Piala TNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd