• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Thailand Dilanda Cuaca Sejuk Luar Biasa

oleh Ahmad Albab
20/12/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Penduduk di wilayah utara, timur laut dan tengah Thailand, termasuk ibu kota Bangkok, kini terpaksa memakai pakaian lebih tebal berikutan cuaca sejuk melanda kawasan berkenaan.

Menurut Jabatan Meteorologi, cuaca sejuk itu berpunca daripada sistem tekanan tinggi yang kuat yang melanda wilayah timur laut hingga ke wilayah utara serta kawasan tanah pamah di bahagian tengah negara ini.

Sejak Ahad lepas hingga Selasa, sistem tekanan tinggi kuat dari China menyebabkan suhu di kawasan berkenaan turun antara 6 dan 8 darjah Celsius.

Suhu dijangka terus menurun antara 2 dan 3 darjah Celsius lagi apabila satu lagi gelombang angin sejuk dari utara Thailand bertiup ke bahagian tertentu negara ini mulai Rabu hingga Jumaat.

Penduduk di beberapa bahagian Bangkok mengalami cuaca lebih sejuk pada Rabu berbanding beberapa hari lepas apabila suhu jatuh kepada antara 14 dan 16 darjah Celsius pada awal pagi.

Para pelajar juga mengenakan pakaian musim sejuk ketika ke sekolah pada Rabu.

Suhu dijangka meningkat pada tengah hari dan petang sebelum turun ke paras bawah 20 darjah Celsius pada waktu malam.

Cuaca sejuk sekarang bukan sesuatu yang asing bagi Bangkok dan 11 juta penduduknya kerana mereka pernah mengalami cuaca paling sejuk berukuran 9.9 darjah Celsius pada Januari 1955 dan 10.5 darjah Celsius pada Disember 1975.

Di utara Thailand, cuaca sejuk lebih teruk dirasai terutama oleh mereka yang tinggal di kawasan tanah tinggi dengan suhu menjunam kepada bacaan satu angka dan sesetengah kawasan pergunungan dijangka diliputi fros kerana terlalu sejuk.

Di Taman Negara Doi Inthanon, Chiang Mai, paras suhu jatuh kepada -2 darjah Celcius pada Rabu, cuaca paling sejuk yang melanda pusat pelancongan itu tahun ini.

Bagaimanapun, cuaca sejuk sekarang dijangka tidak berlaku bagi tempoh yang panjang kerana menurut ramalan Jabatan Meteorologi, keadaan demikian akan berakhir pada Jumaat ini. – BERNAMA

Tags: CuacaThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd