Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Gua Musang – Dah...

GUA MUSANG (Bernama) -- Sebanyak 15 pusat pemindahan banjir di Gua Musang terputus...

APMM Semporna Tahan 2...

SEMPORNA - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Semporna menahan dua lelaki disyaki terlibat...

Wang RM120,000 Milik Peribadi...

KUALA LUMPUR : Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, wang RM120,000 yang...

Kastam Rampas Tiga Batang...

SEREMBAN - Jabatan Kastam Diraja Malaysia Negeri Sembilan merampas tiga juta batang rokok...

Terima Kunjungan Delegasi SSEAYP

KUALA LUMPUR – Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee hari ini menerima kunjungan ketua-ketua delegasi Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) di bangunan Parlimen, di sini.

Pertemuan kira-kira 30 minit dengan delegasi 11 anggota yang diketuai Komagata Ken-Ichi dari Jepun itu memberi peluang kepada mereka mengetahui dan memahami perjalanan sistem Parlimen di Malaysia.

SSEAYP yang ditaja sepenuhnya oleh kerajan Jepun itu merupakan penganjuran kali ke-44 dan program tersebut merekodkan penyertaan 12,000 peserta dan alumni sejak ia diadakan.

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Kementerian Belia dan Sukan Dr Mohd Ghani Mohd Yusof berkata program kali ini disertai 330 belia dari negara ASEAN.

“Peserta menaiki Kapal Rasmi Program iaitu Nippon Maru dan berlayar mengelilingi Asia Tenggara dari Jepun pada 2 Nov lepas serta telah berlabuh di beberapa pelabuhan iaitu di Sihanoukville, Kemboja; Bangkok, Thailand dan Jakarta, Indonesia.


“Antara tujuan pelayaran itu bagi mengeratkan hubungan dan kerjasama antara belia Asia Tenggara dan Jepun dalam pelbagai aspek pembangunan belia,” katanya kepada pemberita selepas kunjungan tersebut.

Semalam, kapal berkenaan berlabuh di Pelabuhan Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang, Selangor yang merupakan pelabuhan terakhir dalam pelayaran tersebut dan akan berada di pelabuhan itu sehingga Ahad ini sebelum dijangka berlabuh di Jepun pada 12 Dis depan. – BERNAMA

Kategori