• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terima Kunjungan Delegasi SSEAYP

oleh AK-47
01/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee hari ini menerima kunjungan ketua-ketua delegasi Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) di bangunan Parlimen, di sini.

Pertemuan kira-kira 30 minit dengan delegasi 11 anggota yang diketuai Komagata Ken-Ichi dari Jepun itu memberi peluang kepada mereka mengetahui dan memahami perjalanan sistem Parlimen di Malaysia.

SSEAYP yang ditaja sepenuhnya oleh kerajan Jepun itu merupakan penganjuran kali ke-44 dan program tersebut merekodkan penyertaan 12,000 peserta dan alumni sejak ia diadakan.

Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Kementerian Belia dan Sukan Dr Mohd Ghani Mohd Yusof berkata program kali ini disertai 330 belia dari negara ASEAN.

“Peserta menaiki Kapal Rasmi Program iaitu Nippon Maru dan berlayar mengelilingi Asia Tenggara dari Jepun pada 2 Nov lepas serta telah berlabuh di beberapa pelabuhan iaitu di Sihanoukville, Kemboja; Bangkok, Thailand dan Jakarta, Indonesia.

“Antara tujuan pelayaran itu bagi mengeratkan hubungan dan kerjasama antara belia Asia Tenggara dan Jepun dalam pelbagai aspek pembangunan belia,” katanya kepada pemberita selepas kunjungan tersebut.

Semalam, kapal berkenaan berlabuh di Pelabuhan Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang, Selangor yang merupakan pelabuhan terakhir dalam pelayaran tersebut dan akan berada di pelabuhan itu sehingga Ahad ini sebelum dijangka berlabuh di Jepun pada 12 Dis depan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Beluran Terus Membangun Hasil Komitmen Kerajaan

26/02/2018
0

BELURAN - Keluasan kawasan Parlimen Beluran sebagai yang kedua terbesar di Sabah selepas Kinabatangan tidak menjadi penghalang kepada kerajaan negeri...

Sabah Perlu Kerajaan Stabil Teruskan Pembangunan

26/01/2018
0

BELURAN - Sabah memerlukan sebuah kerajaan yang stabil bagi kesinambungan pembangunan untuk kesejahteraan rakyat, kata Anggota Parlimen Beluran Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd