Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Suasana Santai Buat Pengunjung...

SERDANG - Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017 (HPPNK 2017) yang...

Fasa 1 Program Imunisasi...

SERDANG - Kemajuan Fasa 1 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mencecah 99.7 peratus apabila...

Rakyat Malaysia Membazir Dalam...

KUCHING - Rakyat Malaysia membazir dalam penggunaan air berbanding penduduk di negara-negara lain...

Tumbukan Maut Kekasih Curang...

New York - Hubungan percintaan songsang sepasang gay sejak lapan bulan lalu berakhir...

Terengganu Peruntuk RM8.7j Persiapan SUKMA 2018

KUALA TERENGGANU – Pelbagai insentif dan peruntukan diberikan kerajaan Terengganu bagi memastikan negeri berkenaan terus menjadi gergasi sukan tanah air.

Sehubungan itu, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM8.7 juta bagi persiapan atlet dalam memastikan kejayaan pada Sukan Malaysia (Sukma) 2018 yang akan berlangsung di Perak.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman ketika membentangkan Bajet 2018 pada Sidang Dewan Undangan (DUN) hari ini, berkata peruntukan itu termasuk latihan intensif dan mengadakan aksi persahabatan dengan pasukan kebangsaan.

“Bagi meraikan kejayaan atlet yang mengharumkan nama Terengganu di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM1 juta bagi Anugerah Kecemerlangan Sukan.

”Kerajaan negeri juga bersetuju membina Asrama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) di Kompleks Sukan Gong Badak dengan kos keseluruhan RM100 juta,” katanya ketika membentangkan bajet itu di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.


Beliau berkata asrama itu dapat digunakan oleh MSNT dalam merancang dan melaksanakan pembangunan sukan dengan lebih baik, dan pada masa sama dapat mengurangkan kos.

Kerajaan Terengganu juga memperuntukkan RM2 juta bagi menaik taraf semua gelanggang futsal di bawah seliaan kerajaan negeri yang terdapat di 32 DUN dalam usaha memupuk minat masyarakat untuk terus bergiat dalam sukan mereka minati. – BERNAMA

Kategori