• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tender Terminal Feri Kuala Kedah Dibuka Awal 2018

oleh AK-47
20/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANJUNG DAWAI – Tender bagi kerja-kerja menaik taraf Terminal Feri Kuala Kedah dekat Alor Setar dijangka dibuka awal tahun depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Datuk Tajul Urus Mat Zain.

Beliau berkata sehubungan itu, kerja-kerja menaik taraf terminal berkenaan mungkin bermula selepas urusan pelantikan kontraktor menguruskan projek itu selesai.

“Sekarang peringkat bagi tender…peruntukan sudah ada. Kemungkinan kerja naik taraf berlangsung awal tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan elaun sara hidup kepada 904 nelayan daripada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Tanjung Dawai di sini, hari ini.

Tajul Urus yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Dawai itu berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini projek menaik taraf terminal itu, yang merupakan antara manifesto Barisan Nasional (BN) Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ketika melawat terminal itu pada Mac lepas, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan peruntukan sebanyak RM208 juta bagi kerja-kerja menaik taraf terminal itu untuk memberikan keselesaan kepada para penumpang.

Liow dipetik sebagai berkata kerja menaik taraf terminal itu akan melibatkan tiga fasa iaitu pembesaran jeti penumpang, jeti kargo serta jeti pengangkut kenderaan.

Ditanya mengapa kerajaan negeri mengambil masa lama untuk melaksanakan kerja menaik taraf itu, Tajul Urus berkata pelaksanaan projek menaik taraf terminal itu tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa kerana banyak aspek yang perlu diteliti terlebih dahulu termasuk kajian untuk memindahkan terminal itu di kawasan lain.

Bagaimanapun, katanya hasil kajian Jabatan Laut mendapati tiada lagi kawasan lain yang lebih sesuai melainkan lokasi sedia ada di Kuala Kedah.

“Akhirnya, kita kekalkan lokasi jeti ini di kawasan sedia ada di Kuala Kedah…pelaksanaan projek menaik taraf ini pasti berjalan kerana peruntukan bagi tujuan itu sudah ada,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Tajul Urus Mat Zain
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Taman Rimba Kiara Tak Pernah Diwarta Taman Awam

Next Post

Keluarga Mangsa Pembunuhan Adakan Ritual

Related Posts

Pusat Pemindahan Banjir Kekal Tak Relevan

06/03/2018
0

SUNGAI PETANI - Pusat pemindahan banjir kekal tidak relevan dibangunkan biarpun di kawasan yang sering dilanda banjir, kata Pengerusi Jawatankuasa...

242 Pelajar Sekolah Menengah Terlibat Salah Guna Dadah

03/11/2017
0

TANJUNG DAWAI - Seramai 242 pelajar sekolah menengah dari 19 sekolah di negeri ini dikesan positif pelbagai jenis dadah menerusi...

Next Post

Keluarga Mangsa Pembunuhan Adakan Ritual

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd