• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah FELDA: Anak Gesa Banyak Laporan Polis, SPRM

oleh AK-47
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini menggesa lebih banyak pihak tampil membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes kehilangan hak tanah FELDA di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Pengerusinya Mazlan Aliman berkata ini bagi memastikan semua yang terbabit dalam kes itu dibawa ke muka pengadilan.

“Kita akan turut buat laporan SPRM di Kuala Lumpur pada Selasa depan kerana kita percaya berlaku salah guna kuasa sehingga berlaku isu tanah FELDA bertukar milik, dan sekiranya benar berlaku salah guna kuasa, kami berharap mereka yang terlibat dibawa ke mahkamah,” katanya.

Mazlan berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung isu itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di sini hari ini.

Semalam, sebuah akhbar berbahasa Melayu melaporkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) berisiko kehilangan hak ke atas sebidang tanah bernilai kira-kira RM270 juta ekoran pemindahan hak milik pada 2015 yang didakwa ‘meragukan’.

Semalam, Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilaporkan berkata FELDA bersedia mengambil segala bentuk tindakan bagi mendapatkan semula hak ke atas tanah itu.

Hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata beliau mahu siasatan terperinci dilakukan berhubung kes itu.

“Saya telah minta FELDA mengambil tindakan yang sepatutnya bagi melindungi kepentingan FELDA setelah dimaklumkan mengenai isu tanah di Jalan Semarak.

“Kepentingan FELDA dan peneroka mesti sentiasa kita jaga dalam segalan usaha pembangunan,” katanya menerusi laman sosial Twitter hari ini. – BERNAMA

Tags: FeldaSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

SPRM Gantung Pemakaian Baju Oren Bagi OKS Dibawa Ke Mahkamah

04/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggantung pemakaian baju oren bagi Orang Kena Siasat (OKS) yang dibawa ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd