• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Cadang Tambah Anak, Mahu Kukuhkan Keluarga

oleh
20/12/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MESKIPUN ramai ibu bapa orang mengimpikan anak yang ramai, pelakon Aeril Zafrel bagaimanapun tidak merancang untuk menambah buat masa ini.

“Saya dan Wawa tidak ada lagi perancangan untuk menambah anak yang ketiga dalam waktu terdekat ini.

“Bukan tidak mahu cuma nanti dulu. Saya mahu pastikan kehidupan keluarga stabil terlebih dahulu sebelum tambah anak lagi,” kata Aeril dipetik daripada mStar Online.

Aeril atau nama sebenarnya, Suhairil Sunari,29 dan isterinya, Nur Hawa Zainal Abidin atau Wawa Zainal,26, telah dikurniakan dua orang cahaya mata hasil pekahwinan mereka pada tahun 2012 yang lalu.

“Bukan tidak mahu cuma nanti dulu. Saya mahu pastikan kehidupan keluarga stabil terlebih dahulu sebelum tambah anak lagi.

“Saya pun ada merancang untuk pindah rumah, jadi biarlah kami fokus pada kerja dan bila semua dah stabil barulah fikir tentang anak ketiga,” tambah Aeril lagi.

Dalam perkembangan terbaharu, Aeril baru sahaja habis menyertai sesi sidang media drama terbaharu lakonannya di Astro yang berjudul Mandatori, bertempat di GSC Pavillion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kata Aeril lagi, mereka tidak mahu terburu-buru dalam urusan zuriat memandangkan kedua-dua anak mereka iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 4, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 2 masih lagi kecil dan memerlukan lebih perhatian daripada mereka.

“Lagipun anak pertama dan kedua masih kecil. Saya dan Wawa perlu beri tumpuan sepenuhnya pada mereka.

“Tambahan pula, Wawa pun mempunyai beberapa perancangan untuk bercuti ke luar negara, jadi saya ikutkan sahaja,” tambah Aeril yang juga merupakan usahawan kanta lekap jenama Wawa Softlens yang turut diusahakan bersama Wawa.

Tak mengapalah urusan zuriat biar Allah sahaja yang tentukan. Mungkin sekarang masanya untuk Wawa dan Aeril berikan fokus sepenuhnya kepada anak-anak mereka yang sedang ingin membesar ini.

Biarlah anak-anak mereka membesar dahulu dan semuanya lebih stabil. Biar keluarga kecil asalkan semuanya dalam keadaan yang sempurna. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Aeril ZafrelWawa Zainal
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Aeril Zafrel Dikritik Kongsi Foto Bogel Bagi Menafikan Dirinya

18/09/2018
0

TINDAKAN Aeril Zafrel memuat naik foto bogel yang dikaitkan denganya di Instagram sendiri mendapat kritikian netizen. Segelintir mereka berpendapat perkara...

Bukan Sengaja Nak Tayang Bahagia – Aeril Zafrel

09/08/2018
0

PELAKON Aeril Zafrel menjelaskan tindakan dia memuat naik foto dan video kemesraan bersama isteri di laman sosial Instagram adalah sekadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd