• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Ada Duit Nak Kahwin, Terpaksa Tipu Dirompak

oleh AK-47
06/12/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bakal pengantin telah membuat laporan polis malam Ahad lalu kerana mendakwa telah dirompak.

Bagaimanapun, selepas disiasat, pihak polis mendapati rupa-rupanya pekerja kilang berusia 23 tahun itu telah memalsukan insiden tersebut dalam usaha untuk mendapatkan wang daripada ibu bapanya bagi menanggung kos perbelanjaan majlis perkahwinannya!

Ketua polis Hulu Selangor Supt. Lim Phak Bai berkata, lelaki itu telah membuat laporan bahawa dia telah dirompak oleh dua orang lelaki bersenjata di KAmpung Tuah, Jalan Bukit Beruntung, Rasa pada pukul 11 malam, Ahad lalu.

“Katanya, dia telah kehilangan RM5,040 dan cedera ringan di bahagian jarinya dalam ‘insiden’ tersebut.

“Selepas disiasat, kami mendapati dia telah membuat laporan palsu semata-mata untuk mendapatkan bantuan kewangan daripada ahli keluarganya.

“Dia juga telah mencederakan dirinya sendiri dengan mencucuk jarinya pada dawai pagar,” katanya lagi.

Menurut Lim, kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan polis palsu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Jenayahkahwinlawaktipu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Tipu Urusan Pelaburan Mata Wang Asing RM500,000

Wanita Didakwa Tipu Urusan Pelaburan Mata Wang Asing RM500,000

19/02/2025
0

Kuala Lumpur : Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu seorang ahli...

Pemilik Syarikat Tipu 5 Pemohon Tuntutan HUK PERKESO Didenda RM188,000

Pemilik Syarikat Tipu 5 Pemohon Tuntutan HUK PERKESO Didenda RM188,000

27/01/2025
0

BUTTERWORTH : Seorang pemilik syarikat didenda RM188,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap tujuh pertuduhan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd