• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat China Beli Tapak Kilang Perwaja Steel

oleh AK-47
14/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Tapak kilang Perwaja Steel Sdn Bhd (PSSB) seluas 150 hektar di kawasan perindustrian Telok Kalong, Kemaman, telah dibeli oleh sebuah syarikat dari China untuk dibangunkan sebagai loji penapisan aspal minyak atau bitumen dan produk kimia, demikian sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu diberitahu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata syarikat MD Petrol Kimia berminat melabur lebih RM10 bilion dalam dua fasa iaitu fasa pertama pelaburan lebih RM2 bilion untuk kilang bitumen dan RM8 bilion untuk produk kimia.

Projek ini di tapak kilang PSSB membuka 7,000 peluang pekerjaan, katanya, ketika menjawab soalan lisan Hanafiah Mat (ADUN-Chukai) yang ingin tahu mengenai usaha kerajaan memulihkan kawasan perindustrian Telok Kalong yang didakwa semakin malap.

Katanya, 99 peratus daripada 319 lot industri di kawasan perindustrian Telok Kalong telah diisu atau dimohon dan menyumbang lebih 50 peratus pertumbuhan ekonomi kepada daerah Kemaman.

Menurut Tengku Putera, yang juga ADUN Kuala Berang, daripada 319 lot itu hanya ada dua lot sahaja yang kosong namun telah mula ‘diintai’ oleh banyak pihak.

Kilang Perwaja Steel di Telok Kalong telah menutup operasi pada November 2014 dan seramai 1,500 pekerjanya diberhentikan.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita di luar persidangan, Tengku Putera berkata syarikat milik China itu telah membeli tapak kilanng Perwaja Steel daripada Pemegang Harta setelah syarikat PSSB digulungkan beberapa tahun lalu dan kerajaan negeri telah meluluskan untuk menukar status pembuatan besi kepada pemprosesan kimia.

“Keadaan ini bukan setakat boleh pulihkan tanah itu tetapi juga memeriahkan kawasan industri serta membuka peluang pekerjaan. Pelabur yakin dengan kawasan ini dan kami jangka awal Januari akan memulakan operasi,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri turut meletakkan syarat kepada syarikat terbabit untuk membuka 70 peratus peluang pekerjaan kepada anak Terengganu terutama kepada mereka yang pernah bekerja dengan Perwaja.

“Jika ada bekas pekerja Perwaja yang berminat untuk bekerja di situ, kerajaan negeri akan turut menyokong sekiranya bersesuaian dan mempunyai kelayakan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Tengku Putera Tengku Awang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd