• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Hadapi Tuduhan Seleweng Wang Umrah

oleh Ahmad Albab
04/12/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyeleweng dan bersubahat menyeleweng wang umrah milik seorang mangsa berjumlah RM40,380.

Tertuduh Mohd Pirus Yusof Khan, 47 dan isteri Nur Sureena Intachat Abdullah, 43, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Pirus yang diamanahkan sebagai ejen di KRS Travel Sdn Bhd Cawangan Kuantan telah melakukan pecah amanah dengan menyeleweng wang umrah kepunyaan Ramli Hamid, 62, berjumlah RM40,380.

Kesalahan dilakukan di sebuah pejabat agensi pelancongan, di Jalan Bukit Sekilau, di sini antara bulan September hingga November lepas.

Isterinya pula menghadapi tuduhan bersubahat melakukan perbuatan itu, di lokasi dan masa yang sama.

Pendakwaan terhadap kedua-dua tertuduh dilakukan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun sama.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun atau tidak lebih 20 tahun dengan sebatan.

Pendakwaan dilakukanTimbalan Pendakwa raya Fatinah Abu Bakar.

Mahkamah menetapkan ikat jamin RM10,000 setiap seorang dan tarikh sebutan semula kes pada 9 Jan depan.

Pasangan suami isteri itu ditahan pada 28 Nov lalu selepas dipercayai terbabit dalam kes penipuan umrah membabitkan kerugian lebih RM350,000.

Mereka yang dijejak polis sejak lima bulan lalu ditahan, susulan daripada laporan polis terbaru seorang guru yang mendakwa mengalami kerugian lebih RM40,000. – BERNAMA

Tags: Seleweng WangSuami Isteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

Suami Isteri Dalang Utama Sindiket Dadah Ditahan, Bunga Ganja RM8.6 Juta Dirampas

10/11/2025
0

Georgetown: Polis Pulau Pinang membongkar sindiket pengedaran dadah bunga ganja bernilai RM8.6 juta dalam dua serbuan yang dijalankan di Bukit...

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

Suami Isteri Edar 67.7 kg Dadah Didakwa Di Mahkamah

24/07/2025
0

KUALA KRAI: Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dua pertuduhan memiliki dan mengedar 67.7...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd