• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Telus Urus Persempadanan Semula

oleh AK-47
08/12/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang menolak semakan kehakiman oleh kerajaan negeri Selangor berhubung Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi negeri Selangor, menunjukkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melaksana tugas dengan telus selaras dengan kehendak perundangan.

Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata SPR berpandangan keputusan yang dibuat oleh mahkamah adalah tepat.

“Keputusan ini membuktikan bahawa SPR telah menjalankan proses urusan persempadanan semula bagi kesemua Negeri-Negeri Tanah Melayu dengan telus selaras dengan kehendak perundangan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Hashim berkata keputusan itu juga secara tidak langsung menafikan tuduhan pihak berkenaan terhadap SPR yang didakwa melaksanakan proses ini atas dasar kepentingan pihak-pihak tertentu.

Namun begitu, katanya, mahkamah telah membenarkan permohonan kerajaan negeri Selangor untuk menggantung proses inkuiri tempatan bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, sehingga rayuannya diputuskan.

Justeru, beliau berkata SPR akur dengan keputusan tersebut dan akan mematuhinya sehinggalah proses perundangan berkaitan kes berkenaan selesai sepenuhnya atau keputusan sebaliknya diputuskan, sekiranya terdapat sebarang rayuan difailkan oleh pihak -pihak terlibat. – BERNAMA

Tags: SPRTan Sri Mohd Hashim Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd